Di sebelah pesisiran
pantai Pulau Pinang terletaknya Taman
Negara Pulau Pinang. Taman ini mempunyai
keluasan sebanyak 1, 266 hektar meliputi
dipterokarpa, tanah tinggi, paya bakau,
pantai dan juga pesisiran pantai berbatu.
Keluasannya adalah yang kedua terbesar
selepas Taman Negara. Walaupun sesetengah
kawasan telah di balak sehingga tahun
1970 an tetapi sebahagian besar masih
lagi terpelihara.
Sebagai Taman Negara metropolitan, ia
berpotensi untuk disenaraikan sebagai
warisan dunia. Banyak spesies flora dan
fauna termasuk yang jarang ditemui dan
juga yang hampir pupus terdapat di sini.
Untuk sampai ke sini hanya mengambil masa
45 minit dari pusat bandar.
Laluan dan kemudahan
yang dirancang dengan baik akan memperkukuhkan
lagi potensi taman ini sebagai destinasi
eko-pelancongan. Di sini tidak ada jalan
hanya rentis, laluan berkayu, dan laluan
untuk berjalan kaki.
Taman Negara Pulau
Pinang memberikan mesej tentang pembangunan
lestari. Rumah api Muka Head masih lagi
dijadikan panduan untuk kapal-kapal berlabuh,
dalam kata lain Taman Negara Pulau Pinang
adalah harapan terhadap warisan semulajadi.