>> Muat turun borang ahli
 
Tips:
Lelah:

Bersihkan dua tangkai bunga belimbing buluh. Masukkan ke dalam bekas tahan panas dan campurkan 5 gm gula batu (lebih kurang besar ibu jari) Masukkan bekas ini ke dalam periuk nasi masak, keluarkan bekas ini dan biarkan sejuk, kemudian berikan pesakit lelah minum air (terumanya kanak-kanak berusia kurang dari lima tahun) dalam bekas itu (lebih elok jika ditapis dahulu) Ulangi amalan ini setiap hari selama seminggu dan lihatlah hasilnya. Insya Allah..

   
 
   
BERITA  
Ceramah Kanser Payudara
Satu ceramah mengenai kanser payu dara telah diadakan di Auditorium Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN pada 15 Ogos 2008. Ceramah yang telah diadakan selama 2 jam itu telah disampaikan oleh Cik Habiba Abdul Rahman, Pegawai Kaunsellor dari Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

[selanjutnya]
   

Senaman Pocho-pocho
Buat julung kalinya, satu aktiviti senaman Pocho-pocho telah diadakan di Auditorium Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN pada 9 Mei 2008, jam 12.30 tengahari. Aktiviti ini telah dianjurkan oleh Biro Sukan PUSPANITA PERHILITAN. Senaman tersebut telah diketuai oleh Cik Hazliana dan Puan Nurain. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan

[selanjutnya]

   
Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK PUSPANITA 2007 dan Sambutan Harijadi Bil. 1/ 2008
Pada 17 April 2008 PUSPANITA PERHILITAN di Ibu Pejabat telah mengadakan satu majlis penyampaian sijil penghargaan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan PUSPANITA PERHILITAN bagi tahun 2007.


[selanjutnya]
   
Majlis Perpisahan dan Sambutan Harijadi Bil. 3/ 2007
Pada 7 Disember 2007 PUSPANITA PERHILITAN di Ibu Pejabat telah mengadakan satu majlis sambutan hari lahir bagi ahli-ahli PUSPANITA yang lahir dari bulan September hingga Disember 2007. Senarai ahli-ahli yang meraikan hari lahir masing-masing adalah seperti berikut:

[selanjutnya]
   
Program Motivasi Anak-Anak Ahli PUSPANITA
Program motivasi untuk anak-anak ahli PUSPANITA Jabatan PEHILITAN telah diadakan pada 26 hingga 28 November 2007 di Institut Biodiversiti (IBD) Bukit Rengit, Lanchang, Pahang. Kursus ini telah dihadiri oleh 36 orang pelajar yang berumur di antara 13 dan 16 tahun. Peserta program ini adalah terdiri daripada Cawangan Ibu Pejabat Kuala Lumpur, Taman Negara, Kuala Gandah dan IBD.

[selanjutnya]
   
Lawatan Sambil Belajar Ke MARDI Serdang Dan Taman Warisan Pertanian Putrajaya
Seramai 30 orang Ahli PUSPANITA Cawangan NRE telah mengikuti lawatan sambil belajar di MARDI Serdang dan Taman Warisan Pertanian Putrajaya pada hari Khamis, 22 November 2007. Ahli-ahli PUSPANITA yang mengikuti lawatan ini dapat memahami fungsi dan aktiviti MARDI dan Taman Warisan Pertanian. Melalui aktiviti ini, ahli-ahli PUSPANITA dapat mempelajari cara-cara untuk membuat jeli dan coklat serta dapat mengetahui kegunaan herba dalam kehidupan seharian.
   
Majlis Perpisahan dan Sambutan Harijadi Bil. 2/ 2007
Pada 17 Ogos 2007 PUSPANITA PERHILITAN di Ibu Pejabat telah mengadakan satu majlis sambutan hari lahir bagi ahli-ahli PUSPANITA yang lahir dari bulan Mei hingga Ogos 2007. Senarai ahli-ahli yang meraikan hari lahir masing-masing adalah

[selanjutnya]

   
Majlis Perpisahan dan Sambutan Harijadi Bil. 1/ 2007
Pada 20 April 2007 PUSPANITA PERHILITAN Ibu Pejabat telah mengadakan majlis meraikan perpisahan ahli-ahli PUSPANITA seperti berikut:
1. Puan Ainon Baharom
2. Puan Hawiyah Abdullah
3. Cik Noranita Mohd. Noor.


[selanjutnya]
 
Lawatan ke Pusat Sains Negara pada 17 Mac 2007
Ahli-ahli PUSPANITA PERHILITAN dari Ibu Pejabat, IBD dan Kuala Tahan serta anak-anak mereka telah megnadakan lawatan ke Pusat Sains Negara pada 17 Mac 2007 sempena Pameran Sains Kegemilangan Islam. Lawatan turut dihadiri oleh Pengerusi PUSPANITA PERHILITAN Y. Bhg. Puan Sharifah Rohani Kamarudin.

 
Lawatan ke Muzium Telekom dan Menara Kuala Lumpur
Pada 3 Mei 2007 PUSPANITA NRE telah mengadakan lawatan ke Muzium Telekom dan Menara Kuala Lumpur. Lawatan telah di selaraskan oleh PUSPANITA PERHILITAN selaku Biro Pendidikan. Seramai 30 peserta dari PUPANITA agensi-agensi di bawah NRE telah hadir dalam lawatan tersebut.

[selanjutnya]