• Pengenalan



PUSPANITA kebangsaan telah ditubuhkan dan dengan rasminya dilancarkan pada 1 Mac 1983 oleh Y. Bhg. Puan Sri Datin Zawiah binti Haji Yacob, isteri bekas Ketua Setiausaha Negara. Beliau adalah Yang Dipertua PUSPANITA pertama. Penubuhan PUSPANITA adalah cetusan idea Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd. Ali, isteri bekas Perdana Menteri Malaysia (Tun Dr. Mahathir Mohamad) pada tahun 1982.

PUSPANITA adalah singkatan kepada Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia. Ibu pejabat PUSPANITA Kebangsaan terletak Rumah PUSPANITA Jalan Hose, Kuala Lumpur. Selain itu, terdapat cawangan PUSPANITA Kebangsaan di Putrajaya iaitu PUSPANITAPURI.

PUSPANITA juga ditubuhkan bagi menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi Program Jangka Panjang di dalam pelbagai bidang, seperti Kepenggunaan, Pembangunan Keluarga, ICT, Keusahawanan, Sukan dan Kesihatan, Keterampilan Diri, Hiasan dan Lanskap, melalui ceramah-ceramah bengkel, seminar dan kursus. PUSPANITA juga menguruskan Tabung Latihan PUSPANITA untuk memberi peluang kemasukkan ke beberapa pusat pengajian seperti Politeknik, Kolej dan universiti bagi menampung sebahagian dari kos pembelajaran pelajar-pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran.

Selain dari itu, PUSPANITA juga mengadakan Tabung PUSPADARA untuk memberi pendedahan tentang penyakit kanser, satu-satunya penyakit yang mengancam nyawa kaum wanita di negara ini.

Isteri Y.A.B Perdana Menteri adalah Penaung, Y.Bhg. Ketua Setiausaha Negara adalah Penasihat dan isteri Y.Bhg. Ketua Setiausaha Negara adalah Yang DiPertua kepada Persatuan ini.

 
Design by Free CSS Templates.