Selamat
berkunjung ke Laman Web Jabatan Perlindungan
Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
Semenanjung Malaysia.
Jabatan
PERHILITAN sentiasa prihatin terhadap kehendak
dan keperluan semasa dalam pengurusan lestari
sumber biodiversiti negara. Sebagai sebuah
agensi yang telah dipertanggungjawabkan dalam
konservasi habitat dan spesies fauna liar
negara, pihak Jabatan akan sentiasa berusaha
untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik
kepada orang ramai.
Laman
web ini bertujuan untuk menyediakan maklumat
berkaitan dengan Jabatan PERHILITAN, khususnya
mengenai objektif-objektif dan fungsinya di
dalam menjalankan usaha-usaha untuk konservasi
sumber alam semula jadi negara. Para pelawat
boleh mengunjungi laman web ini untuk mendapatkan
maklumat sebenar mengenai pelbagai program
konservasi yang dijalankan.
Saya berharap, melalui laman web yang disediakan
ini, orang ramai bukan sahaja dapat mengetahui
mengenai Jabatan dan aktiviti yang dilaksanakan
tetapi juga mendapat maklumat mengenai aspek-aspek
fauna. Semoga dengan pengetahuan yang diperolehi
akan dapat sama-sama membantu di dalam usaha-usaha
konservasi yang dijalankan.
Akhir
kata saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih
di atas sokongan yang diberikan dan berharap
kita akan sama-sama mengecapi kejayaan di
dalam usaha perlindungan, pengekalan dan penggunaan
lestari habitat dan spesies hidupan liar.
Terima kasih.
Abd.
Rasid bin Samsudin
Ketua Pengarah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan
Taman Negara (PERHILITAN)
Semenanjung Malaysia.