|
|
|
|
| |
LATAR
BELAKANG PERHILITAN |
|
| |
| |
|
| |
|
| |
|
| |
Hasil daripada Laporan Suruhanjaya Hidupan Liar Malaya Tahun 1932, dua tindakan susulan telah diambil oleh kerajaan pada masa tersebut: |
| |
i. |
penubuhan Ibu Pejabat Jabatan Mergastua pada tahun 1937 dengan pelantikan Captain Ritchie sebagai Ketua Pelindung Mergastua yang pertama; dan |
| |
|
|
|
ii. |
penubuhan King George V National Parks yang merangkumi kawasan seluas kira-kira 4,343 km persegi di sempadan Pahang, Kelantan dan Terengganu pada tahun 1938/1939. |
|
| |
|
| |
Pada tahun 1955, satu perundangan baru, “The Wild Animals and Wild Birds Protection Ordinance” telah diwujudkan untuk menyelaraskan penguatkuasaan terhadap perlindungan hidupan liar di seluruh Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, pentadbiran Jabatan masih di bawah Kerajaan-kerajaan Negeri yang berkaitan. Antara tahun 1972 dan 1976, Kerajaan Persekutuan selepas berbincang dengan Kerajaan-kerajaan Negeri telah mengambil alih pentadbiran semua Jabatan Mergastua Negeri di Semenanjung Malaysia berikutan penguatkuasaan Akta Perlindungan Hidupan Liar Tahun 1972, Akta 76. Jabatan Mergastua kemudiannya dinamakan sebagai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau ringkasnya Jabatan PERHILITAN. |
| |
|
| |
|
|
|
|
|