1. |
Kakitangan
PERHILITAN harus sentiasa berusaha mempertingkatkan
pengetahuan dan pengalaman kerja dalam bidang
konservasi habitat dan spesies hidupan liar |
| |
|
2. |
Kakitangan
PERHILITAN harus sentiasa bersedia untuk berkongsi
pengetahuan dan pengalaman dengan kakitangan
yang lain iaitu sebagai salah satu usaha ke
arah pembangunan sumber manusia Jabatan yang
lebih cemerlang |
| |
|
3. |
Kakitangan
PERHILITAN harus memberi maklumat yang tepat
kepada orang ramai mengenai aspek-aspek konservasi
habitat dan spesies hidupan liar |
| |
|
4. |
Kakitangan
PERHILITAN harus memastikan pengeluaran hasil
kerja yang berkualiti melalui perlaksanaan tugas
yang berpandukan kepada standard peraturan dan
prosedur kerja yang telah ditetapkan oleh Jabatan |
| |
|
5. |
Kakitangan
PERHILITAN yang diarahkan menjalankan sesuatu
tugas rasmi perlu melaksanakannya dengan (serta
berlandaskan kepada nilai-nilai murni seperti
jujur, amanah, ikhlas dan toleransi) sebaik
mungkin (tanpa mendahulukan kepentingan peribadi) |
| |
|
6. |
Kakitangan
PERHILITAN tidak boleh menerima sebarang upah
atau ganjaran daripada orang awam terhadap sebarang
perkhidmatan yang diberikan tanpa kelulusan
Jabatan |
| |
|
7. |
Kakitangan
PERHILITAN yang dibekalkan dengan pakaian seragam
perlu berpakaian seragam semasa di pejabat dan
semasa menghadiri upacara rasmi Jabatan |
| |
|
8. |
Kakitangan
PERHILITAN tidak boleh membunuh spesies hidupan
liar kecuali atas kepentingan pengurusan atau
penyelidikan spesies itu sendiri |
| |
|
9. |
Kakitangan
PERHILITAN tidak boleh menjalankan aktiviti
kacukan spesies hidupan liar tidak kira sama
ada melibatkan spesies tempatan atau eksotik |
| |
|
10. |
Kakitangan
PERHILITAN yang mengetahui sesuatu aktiviti
yang melanggar akta perlindungan hidupan liar
1972, akta 76 sedang atau akan dilakukan, perlu
mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut
peruntukan akta tersebut |
| |
|
11. |
Kakitangan
PERHILITAN yang bertugas dalam sesuatu negeri,
jika bukan urusan rasmi, tidak boleh menjalankan
aktiviti memburu atau mengikuti rombongan memburu
dalam negeri berkenaan |
| |
|
12. |
Kakitangan
PERHILITAN yang menjumpai spesies hidupan liar
yang tercedera harus mengambil tindakan yang
sebaik mungkin untuk merawat atau menyelamatkan
spesies tersebut |
| |
|