Web
  www.wildlife.gov.my
 
   
 
 
  PENERBITAN  
     
 
    << kembali
     
     
TAMAN NEGARA - "A JOURNEY THROUGH TIME "
Harga: RM 23.00
 
 
Di tengah-tengah Semenanjung Malaysia terdapat satu kawasan rezab yang paling menakjubkan. Ini ialah Taman Negara yang mempunyai kawasan seluas empat ribu kilometer persegi yang melingkari khazanah biodiversiti tiga buah negeri di Malaysia iaitu negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan hidup di dalam kawasan hutan hujan tropika yang tertua di bumi ini, mengandungi habitat-habitat berbeza dan masih belum diganggu, merentasi gunung-ganang yang berbalam dan lembah-lembah yang hijau. Video ini merakamkan pemandangan dan bunyi hutan, memberi peluang untuk melihat kekayaan flora dan fauna Malaysia yang jarang dapat dilihat, satu warisan semula jadi yang tidak ternilai untuk disimpan selamanya.