>>

Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan PERHILITAN Sesi 2007/ 2008
Pada 27 April 2007, Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan PERHILITAN telah mengadakan satu Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan PERHILITAN Sesi 2007/ 2008 di Institut Biodiversiti, Lanchang, Pahang. Ahli-ahli dari Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN dan negeri telah menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN, Y.Bhg. Encik Abd Rasid Samsudin. Pelbagai agenda telah dibincangkan pada mesyuarat tersebut dan antara adalah perlantikan Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan PERHILITAN. Berikut adalah Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan PERHILITAN bagi Sesi 2007/ 2008:

• Yang Dipertua: Y.Bhg. Encik Abd Rasid Samsudin
• Naib Yang Dipertua: Encik Abdul Kadir Abu Hashim
• Setiausaha: Encik Salman Hj Saaban
• Bendahari: Encik Rahmat Topani
• AJK Negeri
• AJK Ibu Pejabat
• AJK Juruaudit

MINIT MESYUARAT AGONG KELAB SUKAN 2007/2008

   
  Borang Tuntutan Bayaran Insentif Anak-Anak Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan PERHILITAN