Majlis Biodiversiti dan Bioteknologi Negara (MBBN)
telah ditubuhkan pada tahun 2001. Majlis ini dipengerusikan
oleh Y.A.B. Perdana Menteri dan ahli-ahlinya adalah
terdiri daripada Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua
Menteri serta lapan menteri daripada Kementerian-kementerian
berkaitan. Majlis ini mengadakan mesyuaratnya sekurang-kurang
sekali dalam setahun. Kementerian Sains, Teknologi
dan Alam Sekitar merupakan Sekretariat kepada Majlis
ini. MBBN disokong oleh Jawatankuasa Teknikal Biodiversiti
dan Bioteknologi Kebangsaan (JTBBK) yang dipengerusikan
oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi
dan Alam Sekitar dan disokong oleh dua pasukan petugas,
iaitu Pasukan Petugas Biodiversiti dan Pasukan Petugas
Bioteknologi.
Objektif:
Menentukan hala tuju dasar dan strategi, serta menyelaras
pembangunan biodiversiti dan bioteknologi negara.
Melalui MBBN ini, setiap negeri perlu mempunyai Jawatankuasa
Biodiversiti dan Bioteknologi peringkat negeri dan
melaporkan aktiviti yang dilaksanakan kepada MBBN.
Sejumlah peruntukan juga telah disediakan oleh Kementerian
bagi membiayai pembangunan kluster bioteknologi di
peringkat negeri.
|