A- A A+
A A |   Arial | PT Sans | Century |

                        
 Soalan Lazim | Hubungi Kami | Aduan & Maklumbalas | Peta Laman

Majlis Penyerahan Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka Di Terengganu

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif

2 JUN 2016 - Majlis penyerahan projek pembangunan Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka Hulu Terengganu, Terengganu daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kepada Jabatan PERHILITAN telah diadakan pada 2 Jun 2016 (Khamis). Pusat yang dibina di atas tapak seluas 100 hektar ini telah disempurnakan majlis penyerahannya oleh Timbalan Ketua Pengarah II Jabatan PERHILITAN, Encik Fakhrul Hatta bin Musa dan Jurutera Daerah JPS Hulu Terengganu, Puan Wan Norshuhada binti Wan Khairuddin, sambil disaksikan oleh Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN, YBhg. Dato’ Abd Rasid bin Samsudin dan Timbalan Ketua Pengarah II JPS, YBhg. Dato’ Ir Hj. Mohd Abdul Nasir bin Bidin. Selain itu, YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN turut melawat beberapa komponen projek seperti bangunan pentadbiran, berek pekerja dan Elephant Restraining Device (ERD) yang akan digunakan untuk tujuan rawatan Gajah. Turut hadir memeriahkan majlis ini adalah wakil daripada JPS Negeri Terengganu, JPS Daerah Hulu Terengganu, Ibu Pejabat PERHILITAN Kuala Lumpur, PERHILITAN Negeri Terengganu dan PKGT, Sungai Deka, kontraktor dan perunding yang terlibat dalam melaksanakan projek ini.

Cetak Emel

Comments are now closed for this entry

INFORMASI
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) 
Semenanjung Malaysia
Km 10, Jalan Cheras
56100 Kuala Lumpur
Tel : 03-90866800       Fax : 03-90752873
Email : webmaster[at]wildlife[dot]gov[dot]my
                     
TAG POPULAR
                        
PAUTAN  
 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Portal Rasmi Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli footerMSC  
Logo Biro Pengaduan Awan BPA Logo Prestariangfor upload Screen Shot 2017 06 05 at 2.55.50 PM 
                         
MEDIA SOSIAL 
Facebook icon Twitter icon Instagram Youtube icon RSS icon Mobile icon
   
STATISTIK

Jumlah Pelawat : 2350347

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Kemaskini : 13 September 2019.