LAWATAN OLEH PEGAWAI DARIPADA WILDLIFE DEPARTMENT, MINISTRY OF ENVIRONMENT, FOREST AND CLIMATE CHANGE, INDIA KE IBU PEJABAT PERHILITAN
Pada 19 September 2019 (Khamis), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah menerima rombongan Pegawai-pegawai daripada Wildlife Department, Ministry of Environment, Forest And Climate Change, India di Ibu Pejabat PERHILITAN.
Rombongan delegasi yang terdiri daripada 14 peserta telah disambut oleh YBhg. Dato’ Fakhrul Hatta bin Musa, Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi) PERHILITAN dan Pegawai Kanan Jabatan. Satu taklimat Jabatan dan Pengurusan Hidupan Liar di Semenanjung Malaysia telah diberikan kepada delegasi sebelum sesi perbincangan diadakan.
Objektif lawatan ke Malaysia ini adalah untuk mendapatkan pendedahan dan pertukaran idea berhubung program perlindungan, pengurusan dan konservasi hidupan liar serta habitatnya yang dijalankan oleh pihak Jabatan.
Turut hadir bersama adalah wakil daripada UNIMAS Learning Centre Kuala Lumpur, IMEC Education Group.