EXPERT LECTURE SERIES 02/2019: THE PRIMATE BUSINESS

Kadar pengguna: 4 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktif
 

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah menganjurkan program Expert Lecture Series Bil 02/2019 pada 21 Ogos 2019 (Khamis) bertempat di Auditorium, Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN dengan kerjasama Kesatuan Pekerja-pekerja Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia.

Program yang bertemakan "The Primate Business" ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Fakhrul Hatta bin Musa, Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi), Jabatan PERHILITAN.

Seramai 5 orang penceramah jemputan telah menyampaikan topik berkaitan hasil penyelidikan dan pengalaman masing-masing dalam bidang pemuliharaan primat; iaitu:

BIL

NAMA PENCERAMAH

AGENSI

TOPIK

1.     

Professor Dr. Badrul Munir Md Zain

Universiti Kebangsaan Malaysia

Current updates on the Malaysian primate diversity from molecular perspectives.

2.     

Dr. Muhammad Abdul Latiff Bin Abu Bakar

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

The understudied and endangered Schlegel's Banded Langur (Presbytis neglectus) (Schlegel 1876) in Peninsular Malaysia: Taxonomy, ecology and current conservation status

3.     

Prof. Emiretus Dr. Mashhor Mansor

Universiti Sains Malaysia

Destruction of Forest Habitat, Resulted Primates Have Lost Their Niches.

4.     

Mr. Eddie Chan

Treks Event Sdn Bhd

The Adorable Siamangs of Genting Highlands – The Inspirational Stories of Romeo & Julie Siamang, Noah Siamang, Ramses Siamang and Salad Siamang.

5.     

Pn. Hani Nabilia Bt Muhd Sahimi

Jabatan PERHILITAN

Primat: Kehidupan Di Pinggir Hutan


Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Jabatan, agensi luar seperti Majlis Perbandaran, institusi pengajian tinggi, badan bukan kerajaan (NGO) dan Persatuan Penduduk telah menjayakan program kali ini.

Bersempena program ini, pelukis tempatan, Sincerely By Aliaa, juga telah mengadakan pameran dan jualan amal yang menyokong Kempen Selamatkan Harimau Malaya.

  • 1

  • 2

  • 3

  • 4

  • 5

  • 6

  • 7

  • 8

  • 9

Cetak