A- A A+
A A |   Arial | PT Sans | Century |

1aksesextrasmall

WILDLIFE VETERINARY CLINICAL ROUND 2018

Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Program Wildlife Veterinary Clinical Round 2018 anjuran Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah berlangsung pada 23 Oktober 2018 bertempat di Auditorium, Ibu Pejabat PERHILITAN.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Abdul Kadir bin Abu Hashim, Ketua Pengarah PERHILITAN dan menyaksikan 7 pembentangan berkaitan pelbagai spesies yang menarik daripada Prof. Madya Dr. Jalila Abu (Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia), Dr. Ali Anwar Ahmad (Singapore Zoological Gardens), Dr. Yeoh Boon Nie (Malacca Zoo and Night Safari), Dr. Syahar A. Ghani (Langkawi Wildlife Park), Dr. Sandy Ling (University of Los Banos, Phillipines), Dr. Abraham Gabriel (El's Veterinary Clinic) dan Dr. Mohd Reza Mohamed Tarmizi (Borneo Rhino Alliance (BORA), Sabah).

Wildlife Veterinary Clinical Round merupakan suatu platform perkongsian kes klinikal serta pengalaman perubatan hidupan liar daripada pelbagai sektor terlibat, selain bertujuan mewujudkan jalinan kerjasama antara doktor perubatan veterinar di sektor awam dan swasta dalam memartabatkan bidang perubatan veterinar hidupan liar. Selain itu, program ini juga turut memberi pendedahan kepada peserta berkenaan perubatan veterinar hidupan liar.

Seramai 88 peserta telah terlibat dalam program kali ini dari pelbagai sektor termasuk institusi pengajian tinggi, zoo, taman haiwan, NGO, klinik swasta dan agensi kerajaan lain seperti Jabatan Hidupan Liar Sabah.

Cetak Emel

Add comment


Security code
Refresh

INFORMASI
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) 
Semenanjung Malaysia
Km 10, Jalan Cheras
56100 Kuala Lumpur
Tel : 03-90866800       Fax : 03-90752873
Email : webmaster[at]wildlife[dot]gov[dot]my
                     
TAG POPULAR
                        
PAUTAN  
 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Portal Rasmi Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli footerMSC  
Logo Biro Pengaduan Awan BPA Logo Prestariangfor upload Screen Shot 2017 06 05 at 2.55.50 PM 
                         
MEDIA SOSIAL 
Facebook icon Twitter icon Instagram Youtube icon RSS icon Mobile icon
   
STATISTIK

Jumlah Pelawat : 1771554

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Kemaskini : 12 November 2018.