LAWATAN SAMBIL BELAJAR PEGAWAI KERAJAAN KEMENTERIAN PERHUTANAN INDIA KE IBU PEJABAT PERHILITAN

Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

6 Mac 2018 - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah menerima satu rombongan Lawatan Sambil Belajar oleh Pegawai Kerajaan Kementerian Perhutanan India pada pagi iniĀ  di Ibu Pejabat PERHILITAN.

Rombongan delegasi yang terdiri daripada 12 pegawai Kerajaan Kementerian Perhutanan India telah disambut oleh YBrs. Encik Rahmat bin Topani, Pengarah Bahagian Konservasi Ex-situ, Ibu Pejabat PERHILITAN dan Pegawai Kanan Jabatan. Satu taklimat Jabatan dan Pengurusan Hidupan Liar di Semenanjung Malaysia telah diberikan kepada delegasi sebelum sesi perbincangan diadakan.

Objektif lawatan sambil belajar ke Malaysia oleh Kementerian Perhutanan India ini adalah untuk mendapatkan pendedahan dan pertukaran idea berhubung program perlindungan, pengurusan dan konservasi hidupan liar serta habitatnya yang dijalankan.

Yang turut hadir bersama Lawatan ini adalah wakil daripada UNIMAS Learning Centre Kuala Lumpur, IMEC Education Group.

  • DSCF9631
  • DSCF9632
  • DSCF9635
  • DSCF9646
  • DSCF9652

    Cetak