A- A A+
A A |   Arial | PT Sans | Century |

1aksesextrasmall

SIDANG MEDIA ‘CUBAAN MENYELUDUP HIDUPAN LIAR DIBANTERAS’

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif

Pada 8 September 2017, satu Sidang Media berkaitan kejayaan Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia mematahkan cubaan penyeludupan hidupan liar dalam dua operasi yang berlainan telah diadakan. Sidang media ini telah dipengerusi oleh Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat PERHILITAN, En Salman Hj Saaban.

Bagi kes yang pertama, Jabatan PERHILITAN Negeri Perak telah menjalankan pemeriksaan terhadap seorang lelaki warganegara Vietnam yang memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda di Tanah Rancangan Penempatan Orang Asli Legap, Sg. Siput, Perak pada 26 Ogos 2017. Hasil pemeriksaan menemui beberapa bahagian hidupan liar yang disyaki kuku beruang, taring beruang, kuku harimau, taring harimau, tanduk rusa dan beberapa unit taring dan kuku hidupan liar lain. Lelaki tersebut telah ditahan reman di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] kerana memiliki hidupan liar tanpa kebenaran Jabatan PERHILITAN.

Bagi kes yang kedua, pada 6 September 2017, dengan bertindak atas maklumat awam Jabatan PERHILITAN Negeri Kelantan telah menjalankan satu serbuan di sebuah premis di Kg. Terap Banggu, Kota Bharu, Kelantan. Hasil serbuan telah menemui pelbagai hidupan liar seperti kura-kura, baning, biawak dan ular. Walau bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dilakukan kerana tiada suspek ditemui dan semua hidupan liar telah dirampas oleh pihak Jabatan untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] kerana menyimpan hidupan liar tanpa lesen dan permit khas.

Jabatan PERHILITAN mengalu-alukan mana-mana pihak dan orang awam untuk terus bekerjasama dengan PERHILITAN melalui penyaluran maklumat berkaitan jenayah hidupan liar. Maklumat boleh disalurkan melalui PERHILITAN Hotline 1-800-88-5151 (Isnin- Ahad, 8.00 pagi – 6.00 petang) atau e-aduan melalui laman web Jabatan www.wildlife.gov.my

 

DSC00052
DSC00041
DSC00036

Cetak Emel

Comments are now closed for this entry

INFORMASI
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) 
Semenanjung Malaysia
Km 10, Jalan Cheras
56100 Kuala Lumpur
Tel : 03-90866800       Fax : 03-90752873
Email : webmaster[at]wildlife[dot]gov[dot]my
                     
TAG POPULAR
                        
PAUTAN  
 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Portal Rasmi Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli footerMSC  
Logo Biro Pengaduan Awan BPA Logo Prestariangfor upload Screen Shot 2017 06 05 at 2.55.50 PM 
                         
MEDIA SOSIAL 
Facebook icon Twitter icon Instagram Youtube icon RSS icon Mobile icon
   
STATISTIK

Jumlah Pelawat : 1650837

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Kemaskini : 20 September 2018.