A- A A+
A A |   Arial | PT Sans | Century |

1aksesextrasmall

PROGRAM EXPERT LECTURE SERIES BIL3/2017: KERJASAMA KONSERVASI BERUANG MATAHARI

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah menganjurkan Expert Lecture Series yang ketiga tahun ini pada 7 September 2017 bertempat di Auditorium, Ibu pejabat PERHILITAN. Program kali ini merupakan anjuran bersama Jabatan PERHILITAN dengan Felda Global Ventures Berhad (FGV) dengan sokongan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Malaysia Nature Society (MNS) bertemakan Kerjasama Konservasi Beruang Matahari.

Sesi pembentangan telah dikendalikan oleh moderator jemputan iaitu Encik Ahmad Azhar Mohammed yang merupakan mantan Ketua Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) dan kini Pengarah PERHILITAN Negeri Pahang. Para penceramah terdiri daripada Encik K. Ilangovan daripada FGV yang berkongsi mengenai Peranan dan Hala Tuju FGV dalam Projek Konservasi Beruang Matahari di Semenanjung Malaysia. Sesi kedua merupakan pembentangan bersama oleh Encik Che Ku Mohd Zamzuri bin Chik Wan Ab Rahman dan Dr. Zubaidah Kamaruddin mengenai Peranan Pusat Menyelamat di dalam Pengurusan Konflik Manusia-Beruang Matahari di Semenanjung Malaysia. Seterusnya Prof. Dr. Shukor Md. Nor daripada Unievrsiti Kebangsaan Malaysia berkongsi mengenai penyelidikan Beruang Matahari di Semenanjung Malaysia dan penceramah terakhir daripada MNS, Encik Balu Perumal berkongsi mengenai Peranan Masyarakat dalam Menangani Konflik Beruang Madu - Kajian Kes Sahabat Beruang Madu. Satu sesi soal jawab telah diadakan sebaik selesai kesemua pembentangan dan mendapat sambutan hangat daripada peserta.

Seramai 100 peserta daripada kakitangan Jabatan, organisasi swasta, institusi pengajian tinggi serta orang awam telah menyertai program ini dan telah dirasmikan oleh Encik Fakhrul Hatta bin Musa, Timbalan Ketua Pengarah I, Jabatan PERHILITAN. Program Expert Lecture Series ini merupakan satu platform untuk pihak Jabatan PERHILITAN menyampaikan dan berkongsi maklumat dengan kakitangan Jabatan, orang awam serta pihak berkepentingan yang berkaitan. Siri terakhir program ini dijadualkan pada Oktober tahun ini dan terbuka kepada semua pihak yang berminat secara percuma.

DSC00081
DSC00012-2
DSC00057
DSC00049-2
DSC00030
DSC00074
DSC00018-2
DSC00066
DSC00008

Cetak Emel

Comments are now closed for this entry

INFORMASI
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) 
Semenanjung Malaysia
Km 10, Jalan Cheras
56100 Kuala Lumpur
Tel : 03-90866800       Fax : 03-90752873
Email : webmaster[at]wildlife[dot]gov[dot]my
                     
TAG POPULAR
                        
PAUTAN  
 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Portal Rasmi Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli footerMSC  
Logo Biro Pengaduan Awan BPA Logo Prestariangfor upload Screen Shot 2017 06 05 at 2.55.50 PM 
                         
MEDIA SOSIAL 
Facebook icon Twitter icon Instagram Youtube icon RSS icon Mobile icon
   
STATISTIK

Jumlah Pelawat : 1653749

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Kemaskini : 20 September 2018.