PELANCARAN OPERASI BERSEPADU KHAZANAH (OBK) BERSAMA PDRM DAN PERHILITAN

User Rating: 1 / 5

Star ActiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Majlis Pelancaran Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, Ketua Polis Negara dan YBhg. Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia pada 3 September 2019 (Selasa) di PGA Batalion Ke-3, Bidor, Perak.

Operasi Bersepadu Khazanah merupakan program gandingan PDRM dan Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia bagi meningkatkan integriti habitat semulajadi hidupan liar dan membanteras segala bentuk aktiviti pemburuan haram, penyeludupan hidupan liar dan jenayah hidupan liar lain di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

Program kerjasama ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Kempen Selamatkan Harimau Malaya yang dinaungi oleh YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Hj. Mohd Ali di mana kempen tersebut bertujuan meningkatkan populasi Harimau Malaya yang diancam kepupusan serta meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan pemuliharaan Harimau Malaya.

  • 1

  • 2

  • PELANCARAN OPERASI BERSEPADU KHAZANAH

Print