A- A A+
A A |   Arial | PT Sans | Century |

1aksesextrasmall

LAWATAN KERJA YB. DR. XAVIER JAYAKUMAR, MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI KE PAYA INDAH WETLANDS, DENGKIL, SELANGOR

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Pada 21 Disember 2018, YB. Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli telah mengadakan lawatan kerja ke Paya Indah Wetlands (PIW) di Dengkil, Selangor.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Dato’ Dr. Tan Yew Chong, Ketua Setiausaha Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), YBhg. Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim, Ketua Pengarah PERHILITAN, YBhg. Dato' Ir. Dr. Hj. Md. Nasir Bin Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), wakil Jabatan dan Agensi bawah KATS, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian dan Jabatan, wakil Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), wakil UPEN Kerajaan Negeri Selangor dan pihak berkepentingan yang terlibat dalam pengurusan PIW.

Satu taklimat pengurusan PIW berkaitan pendekatan dan cabaran pengurusan PIW telah disampaikan oleh Penguasa PIW, En. Petra Sulai, kepada ahli lawatan kerja kali ini untuk membantu merangka way forward pengurusan tanah lembap di kawasan Kuala Langat dan pembangunan Paya Indah Wetlands.

YB Menteri dan rombongan turut berkesempatan melawat sekitar PIW untuk melihat kemudahan dan aktiviti pelawat yang disediakan sebelum menyertai Majlis Penyerahan Kawasan Penanaman Pokok oleh AEON, iaitu satu program CSR oleh AEON CO. (M) Berhad yang telah mencatatkan kejayaan lebih 60,000 pokok telah ditanam di kawasan seluas 26 hektar di PIW, kepada Jabatan PERHILITAN pada hari yang sama.

  • PIW 1
  • PIW 2
  • PIW 3
  • PIW 4
  • PIW 7
  • PIW 8
  • PIW 6

    Print Email

    INFORMATION
    Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) 
    Semenanjung Malaysia
    Km 10, Jalan Cheras
    56100 Kuala Lumpur
    Tel : 03-90866800       Fax : 03-90752873
    Email : webmaster[at]wildlife[dot]gov[dot]my
                         
    POPULAR TAGS
                            
    LINKS
       footerMSC  
    Logo Biro Pengaduan Awan BPA Logo Prestariangfor upload Screen Shot 2017 06 05 at 2.55.50 PM 
                             
    SOCMED 
    Facebook icon Twitter icon Instagram Youtube icon RSS icon Mobile icon
       
    STATISTIK

    Jumlah Pelawat : 1880728

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

    Kemaskini : 23 January 2019.