PROGRAM KESEJAHTERAAN RAKYAT KAWALAN GANGGUAN HIDUPAN LIAR

Written on .

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

PROGRAM KESEJAHTERAAN RAKYAT BERTERASKAN KAWALAN GANGGUAN HIDUPAN LIAR

 

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, dengan kerjasama Pejabat Daerah Tangkak telah menganjurkan Program Kesejahteraan Rakyat Berteraskan Kawalan Gangguan Hidupan Liar bertempat di Balai Raya Kampung Serom 6, Tangkak Johor pada 4 Mac 2018 (Ahad). Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Haji Hamim Bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Turut hadir di program tersebut ialah YBhg.Dato' Abdul Kadir Bin Abu Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), YB Datuk M. Asojan A/L Muniandy, Ahli Dewan Undangan Negeri  Kawasan Gambir dan YB Tuan Haji Abd Razak Bin Minhat, Ahli Dewan Undangan Negeri  Kawasan Serom. Program ini merupakan inisiatif Kerajaan dalam pengurusan konflik manusia-hidupan liar yang melibatkan hidupan liar yang sering mengganggu atau menimbulkan konflik samada di kawasan penempatan atau kebun tanaman bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Operasi ini juga melibatkan operasi bersepadu di antara Jabatan PERHILITAN dan masyarakat setempat membasmi musuh tanaman seperti kera dan babi hutan.

Jabatan PERHILITAN telah menyerahkan 2 unit perangkap kera kepada Penghulu Mukim Kundang-Teluk Rimba, Mukim Serom, Mukim Gersik, Mukim Kesang dan Mukim Sagil untuk diuruskan oleh masyarakat sebagai salah satu inisiatif khas pengurusan konflik hidupan liar antara kerajaan dan masyarakat setempat.

 

  • Serom 1
  • Serom 2
  • Serom 3
  • Serom 4
  • Serom 5
  • Serom 6

Print