FEEDBACK

Feedback

E-COMPLAINTS

eComplaints

 

e-COMPLAINT STATUS

Localised Nature Guide Course Aplication
Wednesday, 26 January 2011 11:37
Hits smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon
Syarat-syarat penyertaan: Secara amnya penyertaan adalah terbuka kepada semua individu atau agensi yang ada menjalankan aktiviti ekopelancongan. Pemilihan peserta untuk mengikuti kursus ini dibuat berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:
  • Terlibat secara aktif dalam aktiviti ekopelancongan tetapi belum mempunyai lesen yang sah
  • Bekerja di dalam organisasi yang berkaitan dengan aktiviti ekopelancongan
  • Menetap di sekitar kawasan ekopelancongan
  • Tiada pemandu pelancong / masih kurang pemandu pelancong di tempat berkenaan
  • Sekurang-kurangnya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Malaysia atau Inggeris
  • Sihat tubuh badan dan cergas di lapangan 
Prasyarat:
  • Peserta hanya boleh memohon untuk mengikuti kursus berdasarkan zon mengikut alamat yang tertera di My Kad atau   menyatakan bukti alamat bermastautin (bil elektrik,  bil air dll.) 
  • Bagi mereka yang telah memiliki Lesen Pemandu Pelancong Alam Semulajadi yang telah tamat tempoh dan tidak diperbaharui  boleh mengikuti kursus ini setelah mendapat kelulusan bertulis daripada Kementerian Pelancongan Malaysia. 
  • Bagi mereka yang telah memiliki Lesen Pemandu Pelancong Bandar, boleh mengikuti kursus ini setelah mendapat kelulusan bertulis daripada Kementerian Pelancongan Malaysia. 
  • Setiap kursus diperuntukan penyertaan sebanyak 40 penyertaan dan jika penyertaan kurang daripada 20 peserta, kursus ini akan ditangguhkan sehingga diberitahu kelak. 
  • Yuran penyertaan sebanyak RM 200 untuk setiap peserta dikenakan semasa hari pendaftaran kursus 
  • Tarikh tutup permohonan kursus secara online adalah dua (2) minggu (14 hari) sebelum tarikh kursus bermula
 
BILTARIKH  ZON  LOKASI
110.04.2012 – 26.04.2012Zon Utara  PPDD Wang Pinang, Kuala Perlis, Perlis 
208.05.2012 – 24.05.2012Zon Selatan  Hutan Simpan Asahan, Melaka 
319.06.2012 – 05.07.2012Zon  Timur  Setiu Agro Resort, Terengganu 
418.09.2012 – 04.10.2012Zon Tengah  Taman Alam Kuala  Selangor 
* Tertakluk kepada kelulusan pihak MoTOUR

 

Permohonan Secara Online Sahaja

Borang Permohonan

Zon Kursus Nature Guide

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: En. Mohammad Nasrie bin Mat Nasir

Bahagian Ekopelancongan

Tel: 03-9086 6800 (ext: 6870)