Laman Utama > Perkhidmatan > Pelesenan

MAKLUMBALAS

Maklumbalas
Hits smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

PELESENAN 

Jabatan PERHILITAN menyediakan perkhidmatan pengeluaran dokumen-dokumen pelesenan:

i.  Lesen

Jabatan PERHILITAN mengeluarkan beberapa jenis lesen berdasarkan aktiviti dan  spesies yang dipohon. Pada lazimnya lesen dikeluarkan bagi aktiviti memburu, mengambil, menyimpan, memungut, menjalankan urusan berniaga, menjalankan perniagaan taksidermi, mengimport, mengeksport atau mengeksport semula hidupan liar yang dilindungi (termasuklah bahagian atau terbitan hidupan liar).

Jabatan juga mengeluarkan Permit bagi aktiviti mengendalikan zoo, pembiakbakaan dalam kurungan komersial, sarkas atau pameran hidupan liar serta menjalankan penyelidikan. 

Permohonan lesen boleh dibuat di pejabat-pejabat PERHILITAN di setiap negeri. Sila rujuk Pejabat Pengeluar Lesen bagi mendapatkan alamat PERHILITAN negeri yang berkenaan.

Bagi mendapatkan maklumat lesen sila rujuk Syarat Permohonan dan Jenis serta Fi Lesen.

ii.  Permit Khas

Diperlukan bagi aktiviti melibatkan spesies hidupan liar yang diperlindungi sepenuhnya dibawah Jadual Kedua  Akta 716. Permohonan permit khas perlu dibuat menggunakan borang PK 1.

iii.  Permit CITES

Diperlukan bagi aktiviti import / eksport hidupan liar yang disenarai dibawah konvensyen CITES. Permohonan permit CITES perlu dibuat secara on-line dan maklumat mengenainya boleh di perolehi dari Garis Panduan Import/ Eksport Hidupan Liar.

Hanya 3 tempat bertanggungjawab mengurus pengeluaran permit CITES iaitu; 

      • Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN / Jabatan PERHILITAN Wilayah Persekutuan
      • Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang
      • Jabatan PERHILITAN Johor