| 1. | Pemasangan Mikrocip | |
![]() | Perkhidmatan untuk memasang mikrocip yang direka khas akan dilaksanakan dengan mengenakan bayaran yang akan ditetapkan. Mikrocip ini akan dipasang kepada hidupan liar yang dipelihara sama ada di zoo, projek pembiakan atau yang dipelihara oleh orang persendirian. Mikrocip ini berfungsi sebagai pengenalan individu yang berasaskan kod nombor khas. Pengenalan sesuatu individu adalah amat penting di dalam pengurusan haiwan dan program pembiakan. | |
| 2. | Rawatan Hidupan Liar | |
Khidmat rawatan kepada haiwan yang dipelihara di projek-projek pembiakan, mini zoo atau orang persendirian akan diperkenalkan. Khidmat ini juga akan dikenakan bayaran untuk rawatan, ubat, nasihat dan pengangkutan jika hidupan liar tersebut perlu dibawa balik ke Ibu pejabat. | ||
| 3. | Diagnosa Penyakit Hidupan Liar | |
Bahagian Konservasi Ex-situ juga bekerjasama dengan Jabatan PERHILITAN negeri di dalam program pembiakan dan konservasi yang melibatkan Pusat-pusat Konservasi Hidupan Liar yang disenaraikan seperti di bawah. Ia bertujuan untuk menambahkan bilangan spesies hidupan liar di dalam kurungan. Selain daripada program pembiakan, program-program kesihatan juga dikoordinasi dan dilaksanakan oleh bahagian ini di dalam membantu pengurusan hidupan liar di dalam kurungan. | ||





Facebook