• increase font size
  • Default font size
  • decrease font size
01
Mar
2012

Pemilikan Spesies CITES di bawah Seksyen 12 [Akta 686]

Hits smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

Kepada semua pelanggan Jabatan PERHILITAN:   

 

1)            Adalah dimaklumkan bahawa bagi mereka yang menjalankan aktiviti-aktiviti di bawah Seksyen 12 [Akta 686] seperti:

 

a)            Mempunyai dalam miliknya atau di bawah kawalannya;                                                                                                                     

b)            Menjual,menawarkan atau mendedahkan atau mengiklankan untuk jualan; atau  

c)            Mempamerkan kepada awam   

 

Apa-apa spesies yang tersenarai di bawah [Akta 686] yang telah diimport selaras dengan Seksyen 10 Akta tersebut adalah perlu:   

 

i)             Untuk memberikan sesalinan Permit Import (salinan fotokopi) kepada mereka yang terlibat dengan aktivti-aktiviti 1) di atas.   

 

 Adalah diingatkan bahawa perkara i) di atas hanya perlu dilakukan sekiranya spesies yang terlibat tidak tersenarai di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 [Akta 76].  

  

2)            Surat Kebenaran Khas (SKK) yang dikeluarkan selama ini akan dihentikan serta-merta dan pemilikan spesies yang tersenarai di bawah Akta 686 adalah sah dengan salinan Permit Import (salinan fotokopi) bagi mereka yang bukan pengimport asal. Pengimport asal perlu menyimpan salinan Permit Import yang bertanda “Applicant file copy” yang berwarna biru.   

  

3)            Sebagai kesimpulannya, dokumen yang perlu disimpan adalah seperti di bawah:   

 

PERANAN

DOKUMEN

Pengimport

Permit Import “Applicant file copy” berwarna biru

Penjual

Permit Import yang difotostat

Pembeli

Permit Import yang difotostat

 

Sebarang pertanyaan berhubung penguatkuasaan [Akta 686] ini boleh dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Pengurusan yang berkaitan seperti talian di bawah: 

 

 

BIL./ NO.

PIHAK BERKUASA PENGURUSAN

NO. TELEFON/ FAKS

1

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)

KM 10, Jalan Cheras

56100 Kuala Lumpur                           

No. Tel: 03-9086 6800 

No. Faks: 03-9075 2873

Laman Web: www.wildlife.gov.my

2

Jabatan Perikanan Malaysia

Aras 1-7, Lot 4G2

Wisma Tani, Presint 4

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62628 Putrajaya 

No. Tel: 03-8870 4000

No. Faks: 03-8889 2460

Laman Web: www.dof.gov.my

3

Jabatan  Pertanian Malaysia

Bahagian Perkhidmatan Kuarantin dan Perlindungan Tumbuhan

Jalan Gallagher,

50480 Kuala Lumpur                                           

No. Tel: 03-2030 1401

No. Faks: 03-2691 3530

Laman Web: www.doa.gov.my

4

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)

Tingkat 13-17, Menara PGRM8,

Jalan Pudu Ulu, Cheras

56100 Kuala Lumpur 

No. Tel: 03-9282 2235

No. Faks:03-9285 1744

Laman Web: www.mtib.gov.my

5

Jabatan Hidupan Liar Sabah

Tingkat 5, Blok B,

Wisma MUIS

Kota Kinabalu

88100 Sabah

No. Tel: 088-215 353

No. Faks: 088-222 476

Laman Web: www.sabah.gov.my/jhl

6

Jabatan Perikanan Sabah

Tingkat 4, Wisma Pertanian Sabah

Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya,

Kota Kinabalu

88626 Sabah      

No. Tel: 088-235 966/ 088-218 807 (ext 106)

No. Faks: 088-240 511

Laman Web: www.fishdept.sabah.gov.my

7

Jabatan Hutan Sarawak

Wisma Sumber Alam

Jalan Stadium, Petra Jaya

93660 Kuching, Sarawak                                                 

No. Tel: 082–442 180

No. Faks: 082–441 210

Laman Web: www.forestry.sarawak.gov.my

 

 

Add comment


Security code
Refresh