Rezab Hidupan Liar Tanjung Tuan, Melaka

Written on .

Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Rezab ini terletak di dalam daerah Alor Gajah dengan kawasannya yang mengunjur keluar ke Selat Melaka dari tanah besar dengan dikelilingi oleh Selat Melaka di bahagian utara, barat dan selatan manakala di sebelah timurnya bersempadan dengan Negeri Sembilan. Rezab ini telah ditubuhkan pada tahun 1971 dengan keluasan 60.70 hektar (nombor warta M.P.U. 4 dan M.P.U. 5.). Rezab Hidupan Liar Tanjung Tuan terdiri daripada kawasan berbukit dengan ketinggian maksimum 95 meter serta kawasan berpaya di kawasan pantainya. Sebahagian rezab ini juga di uruskan di bawah peruntukan perundangan agensi lain.

Cetak