Soalan Lazim - Ekopelancongan

Written on .

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 
1.Adakah terdapat penginapan di Taman Negara Pahang, Kuala Tahan sekiranya saya ingin bermalam di Taman Negara?
Penginapan di dalam kawasan Taman Negara Pahang Kuala Tahan hanya disediakan oleh Mutiara Taman Negara (MTN). Untuk tempahan penginapan, aktiviti dan petunjuk arah, anda boleh hubungi Mutiara Taman Negara melalui laman web: www.mutiarahotels.com atau hubungi talian 09-266 2200 /09-266 3500 atau faks 09-266 1500.
Anda juga boleh menghubungi Pejabat PERHILITAN Kuala Tahan di talian 09-2661122 faks 09-2664110 atau email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk keterangan lanjut.
Walaubagaimanapun, anda boleh melayari internet "Taman Negara" bagi mendapatkan pilihan penginapan lain di kawasan berhampiran. Berikut senarai penginapan dan nombor yang boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan:
Rainforest Resort : 09-2667888/7637 
Woodland Resort : 09-2661111 
Persona Village Resort : 09-2662036 
Ekoton Chalet : 09-2669897 
Agoh Chalet : 09-2669570 
Liana Hostel : 09-2669322 
Tahan Guest House : 09-2667752
Nusa Camp :09-2662369 
Travellers' Home : 09-2667766 
Durian Chalet : 09-2668940 
Teresek View : 09-2669744 
Park Lodge : 09-2669570/012-9832074 
 
2.Apakah bayaran yang dikenakan sekiranya saya ingin memasuki dan menjalankan aktiviti yang terdapat di Taman Negara?
Untuk makluman anda, Taman Negara meliputi tiga buah negeri di Semenanjung Malaysia yang terdiri dari Taman Negara Pahang, Taman Negara Terengganu dan Taman Negara Kelantan. Pelawat boleh memasuki Taman Negara melalui empat Pintu Masuk Utama iaitu Taman Negara Pahang, Kuala Tahan di bahagian selatan (merupakan destinasi ekopelancongan yang dikenali ramai), Taman Negara Pahang Sungai Relau, Merapoh (di bahagian barat), Taman Negara Kelantan, Kuala Koh di bahagian utara dan Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong melalui Tasik Kenyir.
Pelawat yang memasuki taman negara dikehendaki mengambil permit masuk semasa tiba di Taman Negara (RM 1.00). Bagi pelawat yang membawa kamera dikehendaki membayar lesen sebanyak RM5.00 bagi setiap unit dan lesen memancing sebanyak RM10.00 bagi setiap joran.
 
3.Kami berminat untuk mendaki Gunung Tahan pada penghujung tahun ini. Apa yang anda cadangkan kami lakukan bagi tujuan ini?
Sila hubungi Pejabat PERHILITAN Kuala Tahan atau Sungai Relau, Merapoh untuk memaklumkan rancangan anda untuk mendaki Gunung Tahan. Bulan Ogos dan September merupakan musim puncak dan pendakian dihadkan kepada 48 orang sahaja sehari. Pejabat PERHILITAN akan menguruskan petunjuk arah (diwajibkan). Pendakian dari Kuala Tahan ke Merapoh akan mengambil masa 7 hari. Untuk perjalanan yang lebih pendek, anda boleh memilih perjalanan dari Merapoh dan balik ke Merapoh yang mengambil masa selama 5 hari.
 Untuk makluman anda, rentis pendakian Gunung Tahan akan ditutup setiap tahun iaitu pada penghujung tahun yang dijangka bermula dari 15 November sehingga 15 Januari tahun berikutnya disebabkan keadaan cuaca yang tidak baik dan juga bagi tujuan penyelenggaraan rentis.
 
4.Adakah Taman Negara dibuka sepanjang tahun?
Taman Negara dibuka sepanjang tahun untuk pelawat. Walaubagaimanapun, beberapa aktiviti akan dihadkan bergantung kepada faktor cuaca terutamanya pada musim tengkujuh yang kerapkali berlaku pada hujung tahun.
 
5.Apa aktiviti yang dapat dijalankan di Taman Negara Pahang, Kuala Tahan?
Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan di Taman Negara termasuklah:
 
6.Apa aktiviti-aktiviti yang dapat dijalankan di Taman Negara Kelantan, Kuala Koh?
Antara aktiviti-aktiviti yang dapat dijalankan di Taman Negara Kelantan, Kuala Koh termasuklah memancing, rentis hutan, pemerhatian burung, merentasi titian kanopi, tubing, berkenu, perjalanan bot dan berjalan malam. Penginapan yang disediakan termasuklah chalet dan asrama untuk bermalam.
Untuk maklumat lanjut berkaitan tempahan penginapan dan aktiviti termasuk petunjuk arah, sila hubungi Pn. Nik Nora, Pengurus Resort Taman Negara Kelantan, Kuala Koh di talian 012-965 4788.
 
7.Bolehkah saya membuat tempahan untuk bermalam di bumbun bagi pemerhatian hidupan liar melalui telefon atau faksimili atau melalui email?
Hanya beberapa bumbun sahaja yang mempunyai kemudahan untuk bermalam bagi pemerhatian hidupan liar. Memandangkan penginapan di dalam bumbun terhad, tempahan hanya dapat dibuat semasa anda sampai di Taman Negara di mana siapa dulu dia yang dapat. Sila daftar dan buat bayaran di Kaunter Informasi Taman Negara semasa anda tiba di sana.
 
8.Sekiranya saya ingin melawat Taman Negara Pulau Pinang, apakah bayaran yang dikenakan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti di kawasan tersebut?
Pada masa ini, memandangkan Taman Negara ini masih baru dan masih dalam proses pembangunan, tiada bayaran masuk yang dikenakan. Walau bagaimanapun, pelawat hendaklah mendaftarkan diri di kaunter Jabatan setibanya di kawasan tersebut.
 
9.Adakah terdapat pengangkutan awam dari Jerantut ke Taman Negara Pahang, Kuala Tahan?
Sekiranya anda ingin ke Kuala Tahan dari Jerantut menggunakan pengangkutan awam, anda boleh samada menggunakan perkhidmatan teksi atau bas yang boleh didapati di sekitar Bandar Jerantut. Adalah dinasihatkan bagi anda untuk memulakan perjalanan seawal pagi bagi menggunakan perkhidmatan ini.
 
10.Bagaimana saya hendak ke Taman Negara Pahang, Sungai Relau, Merapoh?
Sungai Relau, Merapoh merupakan pintu masuk kedua ke Taman Negara Pahang dan merupakan destinasi tumpuan bagi pendakian Gunung Tahan. Ia terletak di bahagian barat Taman Negara, kira-kira 7 km dari pekan Merapoh, Pahang yang terletak di pertengahan jalan utama dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan. Pelawat boleh menggunakan perkhidmatan keretapi dari Singapura, Johor Bahru, Gemas dan Kota Bharu tetapi turun di perhentian Gua Musang memandangkan bukan semua keretapi akan berhenti di Stesen Merapoh. Bandar yang terdekat adalah Gua Musang (30 km). Sekiranya anda bercadang menggunakan perkhidmatan keretapi, anda boleh bermula dari Singapura di sebelah petang dan dijangkakan sampai di stesen Merapoh pada pagi keesokan harinya.
Cara yang terbaik untuk sampai ke sana adalah dengan memandu kenderaan sendiri. Keluar dari Lebuh Raya KL-Kuantan di Bentong, ikut papan tanda jalan dan melalui Bandar Bentong, Raub, dan Kuala Lipis dan ikut jalan ke Gua Musang/Kota Bharu. Setibanya di Merapoh, papan tanda pada lebuh raya akan menunjukkan arah ke kanan iaitu ke Sungai Relau yang terletak 7 km dari jalan utama.
 
11.Adakah terdapat penginapan yang disediakan di Taman Negara Pulau Pinang?
Taman Negara Pulau Pinang hanya menerima pelawat bagi kunjungan harian sahaja. Tiada penginapan disediakan di dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang. Walau bagaimana pun, anda boleh menginap di beberapa hotel yang terdapat di sekitar Batu Feringgi dan Teluk Bahang.
 
12.Bagaimana saya hendak ke Taman Negara Pahang, Kuala Tahan dengan lebih mudah dan cepat?    
Kaedah perjalanan yang paling mudah dan cepat ke Taman Negara Pahang, Kuala Tahan adalah dengan menggunakan kereta sendiri atau perkhidmatan teksi, kereta sewa atau kenderaan yang disewa dari Kuala Lumpur ke Kuala Tahan, Jerantut. Perjalanan memakan masa di antara kira-kira 4 jam. Pilihan lain ialah anda boleh menggunakan perkhidmatan bas harian dari Hotel Istana ke Kuala Tahan. Anda bolehlah menghubungi Mutiara Taman Negara di www.mutiarahotels.com atau melalui talian di 09-266 2200 / 09-266 3500.
 
13.Selain dari perjalanan bot ke Kuala Tahan dari Kuala Tembeling, adakah terdapat jalan darat ke Kuala Tahan?
Sekiranya anda belum pernah ke Taman Negara Pahang, Kuala Tahan, adalah sesuatu yang menarik sekiranya anda memulakan perjalanan anda ke Kuala Tahan melalui bot yang akan mengambil masa kira-kira 3 jam dari Kuala Tembeling. Anda juga boleh memandu atau menggunakan pengangkutan darat ke Kampung Kuala Tahan dan terdapat juga kemudahan parker untuk kenderaan yang disediakan. Anda juga dikehendaki menggunakan perkhidmatan bot menyeberangi sungai untuk ke Taman Negara yang mengambil masa kira-kira 5 minit.
 
14. Adakah Jabatan PERHILITAN menyediakan atau menyewa peralatan perkhemahan untuk menjalankan aktiviti semasa berada di Taman Negara?
Untuk makluman, Jabatan PERHILITAN tidak pernah menyediakan atau menyewa peralatan perkhemahan untuk pelancong bagi menjalankan aktiviti semasa mereka berada di Taman Negara. Anda adalah dinasihatkan untuk membawa bersama peralatan sendiri atau mendapatkan peralatan ini dari beberapa kedai yang terdapat di sekitar Kuala Tahan.
 
15.Saya ingin melawat Taman Negara Pahang, Kuala Tahan selama tiga hari. Adakah terdapat rentis hutan di Taman Negara Pahang, Kuala Tahan yang boleh saya masuki dalam tempoh masa tersebut?  
Terdapat beberapa rentis di Taman Negara Pahang yang boleh di jalankan aktiviti dalam masa tiga hari anda di Taman Negara. Untuk maklumat lanjut mengenai rentis, anda boleh berbincang dengan petunjuk arah setibanya di Taman Negara. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan petunjuk arah bagi perjalanan rentis-rentis yang jauh. Pegawai kaunter penerangan Taman Negara dapat membantu anda untuk mendapat petunjuk arah semasa perjalanan tiga hari anda di Taman Negara.
 
16. Adakah terdapat penginapan yang diuruskan oleh Kerajaan di Taman Negara?
Tidak terdapat penginapan yang diuruskan oleh Kerajaan sebagaimana Jabatan PERHILITAN telah menyerahkan semua kemudahan penginapan, aktiviti-aktiviti, lawatan dan pemandu arah di dalam kawasan Taman Negara kepada Mutiara Taman Negara Resort. Bagi menempah dan pertanyaan mengenai penginapan, aktiviti, lawatan dan pemandu arah, anda boleh menghubungi dengan Mutiara Taman Negara Resort melalui laman web: www.mutiarahotels.com atau melalui talian 09-266 2200/09-266 3500 atau faks ke 09-266 1500. Anda boleh juga menghubungi Pejabat PERHILITAN di Kuala Tahan untuk maklumat lanjut di talian 09-266 1122; faks 09-266 4110 atau email ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
17.  Adakah aktiviti-aktiviti yang disediakan di Taman Negara selamat untuk semua peringkat usia termasuk kanak-kanak?
Untuk makluman anda, semua aktiviti yang dirancangkan adalah bagi memenuhi semua peringkat umur pelawat. Walaubagaimanapun, beberapa aktiviti perlu memerlukan pengawasan dari keluarga atau orang dewasa bagi memastikan keselamatan dan keseronokan menjalankan sesuatu aktiviti. Pihak Pengurusan Taman Negara kerapkali menjalankan pemeriksaan berkala terhadap semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalam kawasan Taman Negara bagi memastikan keselamatan dan kesesuaian sesuatu aktiviti yang akan dijalankan oleh pelancong.

Cetak