Soalan Lazim - Kawasan Perlindungan

Written on .

Kadar pengguna: 4 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktif
 
1.Apakah maknanya kawasan perlindungan ?
Kawasan perlindungan adalah merupakan kawasan yang diisytiharkan di bawah Bahagian V Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] yang meliputi Rezab Hidupan Liar serta Santuari Hidupan Liar. Terdapat sejumlah 35 buah kawasan perlindungan meliputi kawasan seluas 714,253 hektar di seluruh Semananjung Malaysia yang diwartakan untuk diuruskan oleh Jabatan PERHILITAN disamping menguatkuasakan undang-undang dikawasan tersebut.
 
2. Apakah kegiatan yang tidak boleh dilakukan didalam kawasan perlindungan?
Di dalam kawasan perlindungan tidak dibenarkan menggangu atau mengalihkan semua objek yang terdapat di sana samada tanah-tanih, batuan, hidupan liar atau tumbuh-tumbuhan. Untuk memasuki kawasan ini juga perlu mendapatkan kebenaran terlebih dulu.
 
3. Bagaimanakah caranya untuk menjalankan penyelidikan di dalam kawasan perlindungan samada di Taman Negara atau Rezab Hidupan Liar di Semenanjung Malaysia?
Penyelidik boleh mendapatkan borang permohonan daripada Ibu Pejabat, Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, KM. 10 Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur. Borang yang lengkap diisi perlu dikemukakan kepada Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia mengandungi maklumat berikut;
i) Cadangan penyelidik yang mengandungi objektif penyelidikan, skop, metodologi, definisi konsep, lokasi dan jadual penyelidikan.
ii) Surat Rasmi dari universiti / agensi-agensi yang menyokong penyelidikan.
iii) Senarai pembantu penyelidikan dan resume masing-masing.
iv) penyelidik boleh diminta untuk membentangkan cadangan penyelidikan kepada Jawatankuasa Penyelidikan Jabatan untuk pertimbangan dan kelulusan.
 
4. Apakah itu Tapak Ramsar dan berapakah bilangan yang ada di Semenanjung setakat ini?
Tapak RAMSAR adalah berkepentingan bagi konservasi burung air dan tanah lembap. Terdapat empat Tapak RAMSAR di Semenanjung Malaysia iaitu Tapak Ramsar Tasek Bera yang diuruskan oleh Jabatan PERHILITAN manakala bagi kawasan Pulau Kukup, Tanjung Piai dan Sungai Pulai ianya diuruskan oleh Perbadanan Taman Negeri Johor.
Tasek Bera terletak di Negeri Pahang dengan kawasan seluas 31,255 hektar dan telah ditubuhkan pada tahun 2007. Kawasan ini telah diwartakan dibawak Akta PERHUTANAN dan diuruskan oleh Jabatan PERHILITAN secara bersepadu dengan Jabatan lain melibatkan Jabatan PERHUTANAN, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Kukup terletak di bahagian barat Iskandar Malaysia. Pulau seluas 647 hektar ini, diisytiharkan sebagai tapak Ramsar pada 31 Januari 2003. Pulau Kukup adalah sebuah pulau bakau yang tidak didiami terletak 1 km dari hujung barat daya Semenanjung Malaysia.
Tanjung Piai, terletak di selatan Pulau Kukup, juga diisytiharkan sebagai tapak Ramsar pada 31 Januari 2003. Kawasan ini mempunyai pantai pesisir hutan bakau dan dataran lumpur 
intertidal yang terletak di hujung selatan benua Asia - ciri-ciri yang sangat penting untuk perlindungan daripada penerobosan air laut dan hakisan pantai.
Sungai Pulai, juga diisytiharkan pada 31 Januari 2003. Sungai Pulai merupakan sistem bakau sungai yang terbesar di negeri Johor, yang terletak di muara Sungai Pulai.

Cetak