A- A A+
A A |   Arial | PT Sans | Century |

1aksesextrasmall

Soalan Lazim - Penguatkuasaan

Kadar pengguna: 3 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

1. Apakah spesies hidupan liar yang diperlindungi di Semenanjung Malaysia?
Di Semenanjung Malaysia, spesies hidupan liar yang dilindungi adalah spesies yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama dan Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan spesies yang disenaraikan di bawah Jadual Ketiga Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686]. Jadual spesies ini boleh dirujuk di Senarai Spesies Di Bawah Jadual Akta 716.


2. Apakah jenis-jenis lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan PERHILITAN?
Jabatan PERHILITAN mengeluarkan beberapa jenis lesen berdasarkan aktiviti dan  spesies yang dipohon. Pada lazimnya lesen dikeluarkan bagi aktiviti memburu, mengambil, menyimpan, memungut, menjalankan urusan berniaga, menjalankan perniagaan taksidermi, mengimport, mengeksport atau mengeksport semula hidupan liar yang dilindungi (termasuklah bahagian atau terbitan hidupan liar).

Jabatan juga mengeluarkan Permit bagi aktiviti mengendalikan zoo, pembiakbakaan dalam kurungan komersial, sarkas atau pameran hidupan liar serta menjalankan penyelidikan.

Permohonan lesen boleh dibuat di pejabat PERHILITAN Negeri. Sila rujuk alamat PERHILITAN Negeriyang berkenaan.


3. Apakah itu CITES?
CITES atau Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora merupakan satu konvensyen antarabangsa dimana Malaysia menjadi ahli. Konvensyen ini membolehkan negara-negara berkerjasama untuk memantau  perdagangan antarabangsa spesies flora dan fauna, termasuk speises hidupan liar tempatan yang disenraikan di bawahnya. Untuk maklumat lanjut, klik  CITES. 


4. Bolehkah saya membeli dan menyimpan hidupan liar yang dijual di kedai peliharaan haiwan?
Ya, anda dibenarkan membeli dan menyimpan hidupan liar tersebut  sekiranya kedai tersebut dilesenkan oleh Jabatan. Dapatkan resit pembelian dan panjangkannya kepada Jabatan PERHILITAN Negeri bagi mendapatkan lesen menyimpan.


5. Bagaimana saya boleh mendapatkan lesen untuk menangkap burung Murai Batu?
Untuk makluman, pengeluaran lesen untuk menangkap murai batu tertakluk kepada Perintah Pemuliharaan Hidupan Liar (Musim Terbuka, Kaedah, Masa Memburu) 2014. Pengeluaran lesen menangkap juga adalah mengikut kuota yang dibenarkan. Untuk maklumat lanjut, klik Perintah Pemuliharaan Hidupan Liar (Musim Terbuka, Kaedah, Masa Memburu) 2014.

 

6.Bolehkah saya membeli Murai Batu dan Kelicap Kunyit di kedai peliharaan haiwan?
Untuk makluman spesies burung Murai Batu dan Kelicap Kunyit hanya dikeluarkan lesen menyimpan setelah burung tersebut berjaya ditangkap dengan kelulusan lesen menangkap terlebih dahulu. Spesies ini tidak dibenarkan diniagakan walaupun oleh peniaga berlesen.


7. Bolehkan saya mengimport dan mengeksport hidupan liar?
Boleh sekiranya  import atau eksport hidupan liar dibenarkan di bawah Akta 716 dan Akta 686. Untuk maklumat lanjut, anda boleh juga merujuk kepada Garis Panduan Import/Eksport Hidupan Liar.


8. Apa saya perlu buat apabila hidupan liar yang saya pelihara itu mati?
Sila maklumkan serta merta dan pulangkan lesen berkenaan kepada pejabat PERHILITAN negeri yang mengeluarkan lesen menyimpan tersebut.


9. Bolehkah saya mengutip dan membawa balik bunga orkid dan serangga semasa lawatan saya ke Taman Negara?
Tidak boleh. Kesemua flora dan fauna adalah dilindungi dibawah undang-undang.


10. Adakah aktiviti memungut sarang burung layang-layang perlu mendapat lesen daripada Jabatan PERHILITAN?
Burung Layang-Layang Gua (Aerodramus fuciphagus) dan Burung Layang-Layang Hitam (Aerodramus maximus) tidak lagi disenaraikan sebagai spesies yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Oleh yang demikian ianya tidak lagi memerlukan lesen daripada Jabatan PERHILITAN.


11. Berapakah Fi lesen yang perlu saya bayar?
Jabatan PERHILITAN mengeluarkan beberapa jenis lesen berdasarkan aktiviti dan  spesies yang dipohon. Pada lazimnya Fi yang dikenakan adalah berdasarkan jenis lesen dikeluarkan bagi aktiviti memburu, mengambil, menyimpan, memungut, menjalankan urusan berniaga, menjalankan perniagaan taksidermi, mengimport, mengeksport atau mengeksport semula hidupan liar yang dilindungi (termasuklah bahagian atau terbitan hidupan liar). 
Sila rujuk PeraturanFi Lesen, Permit dan Permit Khas 2013dan Pindaan 2013 yang berkenaan.


12. Di manakah lesen dan permit CITES import/eksport boleh diperolehi?
Permohonan untuk mendapatkan lesen dan permit CITES berkaitan boleh dibuat di Pejabat Jabatan PERHILITAN seperti di alamat berikut:


Pengarah
Jabatan PERHILITAN Wilayah Persekutuan
No 21,Jalan Dwi Tasik 1,Bandar Seri Permaisuri,56000 Cheras,Kuala Lumpur.
Tel: 03-9171 0258/ 03-9171 0260   Faks: 03- 9171 0257

Pengarah 
Jabatan PERHILITAN Negeri Johor
Tgkt. 9 Blok B, Wisma Persekutuan, Jalan Air Molek, 80000 Johor Baru, Johor.
Tel: 07-223 0580    Faks: 07-223 5702

Pengarah
Jabatan PERHILITAN Negeri Pulau Pinang
Tgkt. 40, Bangunan Komtar, 10000 Pulau Pinang.
Tel: 04-261 3039   Faks: 04-261 0330

 

Cetak Emel

INFORMASI
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) 
Semenanjung Malaysia
Km 10, Jalan Cheras
56100 Kuala Lumpur
Tel : 03-90866800       Fax : 03-90752873
Email : webmaster[at]wildlife[dot]gov[dot]my
                     
TAG POPULAR
                        
PAUTAN PILIHAN
 footer1Mfootermygovernment footerMSC logo nrebaru 
Logo Biro Pengaduan Awan BPA Logo Prestariangfor upload Screen Shot 2017 06 05 at 2.55.50 PM 
                         
MEDIA SOSIAL 
Facebook icon Twitter icon Instagram Youtube icon RSS icon Mobile icon
   
STATISTIK

Jumlah Pelawat : 1533155

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Kemaskini : 22 Jun 2018.