Taman Negara Kelantan, Kuala Koh

Bagaimana ke Taman Negara Kelantan, Kuala Koh, Kelantan

Pelawat boleh memandu sendiri atau menggunakan pengangkutan awam (teksi) ke Kuala Koh dari Bandar Gua Musang, Kelantan.

 

Permit Dan Lesen

Setiap pelawat wajib mendapatkan permit masuk dengan harga RM1.00 seorang. Harga lesen memancing ialah RM10.00 setiap satu joran dan lesen kamera ialah RM5.00 setiap satu unit kamera.

 

 

Penginapan

Terdapat 6  buah syele dan sebuah asrama yang mempunyai 70 katil. Urusan penginapan kini di bawah pengurusan pejabat Taman Negara Kelantan. Kemudahan penyewaan tapak perkhemahan sebanyak RM1.00 / orang / malam.

**kemudahan penginapan di Taman Negara telah ditutup buat sementara waktu untuk projek membaikpulih selepas banjir.

 

Aktiviti

Aktiviti
Pemerhatian Burung
  • Terdapat pelbagai spesies burung yang menjadi tarikan kepada permerhati burung antaranya Murai Batu, Enggang Badak, Kuang Raya, Enggang Terbang Mentua dan Cecawi Anting-Anting.
Memancing
  • Terdapat beberapa lubuk utama bagi aktiviti memancing:
    • Lubuk Sinar
    • Lubuk Kedah
    • Lubok Kaloi Bawah
    • Lubok Kaloi Atas
    • Lubuk Jengal
    • Lubuk Pintu Raja (dibuka 2 kali / bulan dan maksimum 3 orang sahaja)
    • Lubuk Kem Besu (dibuka sebulan sekali)
Fotografi
  • Taman Negara merupakan syurga kepada jurufoto kerana di sini terdapat keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian flora dan fauna.
Merentis Hutan
  • Rentis yang paling digemari pelawat adalah Rentis Ara dan Rentis Sinar.
  • Rentis yang paling panjang adalah Rentis Kuala Pertang yang mengambil masa 3 jam perjalanan.
Titian Kanopi
  • Bayaran RM5.00 bagi orang dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Timbalan Penguasa
Taman Negara Kelantan
Kuala Koh
18300 Gua Musang, Kelantan.
Tel: 017-900 9522
Emel: tnkelantan[at]wildlife[dot]gov[dot]my
 
atau
 
Pengarah
Jabatan PERHILITAN Negeri Kelantan
Tingkat 12, Wisma Persekutuan, Jalan Bayam
15664 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-741 6240
Faks/ Fax : 09-747 7635
E-mel/ E-mail : kelantan[at]wildlife[dot]gov[dot]my

Cetak