Kawasan Perlindungan

Written on .

Kadar pengguna: 3 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

OBJEKTIF BAHAGIAN

FUNGSI BAHAGIAN

SENARAI KAWASAN PERLINDUNGAN DI BAWAH PENGURUSAN JABATAN PERHILITAN

  1. Rezab Hidupan Liar Krau, Pahang
  2. Rezab Hidupan Liar Pahang Tua, Pahang
  3. Rezab Hidupan Liar Bukit Fraser, Pahang
  4. Rezab Hidupan Liar Sungkai, Perak
  5. Rezab Hidupan Liar Chior, Perak
  6. Rezab Hidupan Liar Batu Gajah, Perak
  7. Rezab Hidupan Liar Sungai Dusun, Selangor
  8. Rezab Hidupan Liar Bukit Kutu, Selangor
  9. Rezab Hidupan Liar Bukit Sungai Puteh, Kuala Lumpur/ Selangor
  10. Rezab Hidupan Liar Bukit Nanas, Kuala Lumpur
  11. Rezab Hidupan Liar Kelab Golf Di Raja Selangor, Kuala Lumpur
  12. Rezab Hidupan Liar Klang Gate, Selangor
  13. Rezab Hidupan Liar Tanjung Tuan, Melaka
  14. Four Bird Island, Port Dickson, Negeri Sembilan
  15. Rezab Hidupan Liar Pulau Tioman

GoM, GEF –UNDP PROJECT

Enhancing Effectiveness and Financial Sustainability of Protected Areas in Malaysia

(PA Financing Project)

Deskripsi Ringkas :

Malaysia merupakan salah sebuah 17 negara mega-diversiti di dunia yang kaya dengan kepelbagaian biologi sama ada didarat atau dilaut. Kepelbagaian flora dan fauna di Malaysia dianggarkan terdapat 12,500 spesies tumbuhan, 306 sp. mamalia, 742 sp. burung dan 547 sp. reptilia termasuk sebilangan besar yang bersifat endemik. Bagi memastikan kepelbagaian biodiversiti terpelihara secara keseluruhan, Malaysia telah mewujudkan rangkaian kawasan-kawasan perlindungan. Di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat sekurang-kurangnya empat rangkaian kawasan perlindungan yang merangkumi kawasan seluas 2.9ha yang diuruskan oleh pelbagai agensi termasuk Jabatan PERHILITAN, Johor National Park Corporation (JPNC), Perak State Parks Corporation (PSPC) dan Jabatan Hutan Negeri. Kawasan perlindungan yang terdapat di Semenanjung Malaysia diuruskan oleh pengurusan yang berbeza, dikawal oleh undang-undang yang berbeza juga dengan pelbagai kategori kawasan perlindungan, status,  prosedur pewartaan dan pewartaan keluar. Persamaan antara rangkaian kawasan perlindungan ini ialah kebanyakannya boleh dikategorikan mempunyai pengurusan yang sub-optimum dan kekangan sumber kewangan bagi menguruskan kawasan perlindungan ini. Terdapat 4 perkara yang menyumbang kepada keadaan tersebut, antaranya : 1) bagi tujuan konservasi tiada penyeragaman sistem bagi kawasan-kawasan perlindungan, ii) kurang kefahaman berkaitan nilai ekonomi kawasan perlindungan dan sumbangannya terhadap pembangunan Negara, iii) kekangan insentif terhadap peranan kerajaan negeri untuk melabur dalam pengurusan kawasan perlindungan disebabkan persepsi bahawa berdasarkan pengalaman terdahulu dimana kerajaan negeri hanya mendapat hasil secara terus dengan menggunakan tanah yang sedia ada bagi tujuan lain, iv) kapasiti yang sub-optimum diperingkat pengurusan agensi kawasan perlindungan sama ada pengurusan tapak dan pengurusan sistem kawasan perlindungan. Bagi mengatasi halangan ini dengan tujuan memastikan penubuhan dan pengurusan kawasan perlindungan ditahap optima, projek yang akan dilaksanakan ini bertujuan untuk mewujudkan satu sistem kawasan perlindungan hidupan liar negara yang seragam dan untuk menyediakan struktur kewangan berdasarkan prestasi dengan bertujuan untuk membantu sistem pengurusan kawasan perlindungan supaya menjadi lebih efektif. Melalui kombinasi aktiviti-aktiviti dari pelbagai agensi sama ada  di peringkat persekutuan, peringkat rangkaian kawasan perlindungan dan pengurusan di lapangan, maka projek ini dapat menggalakkan pemikiran secara sistematik, perancangan dan pengurusan terbaik, dibantu dengan mekanisma kewangan yang berinovasi, kos-efektif dan lestari.

Pada peringkat persekutuan, fokus projek ini adalah untuk mewujudkan sistem pengurusan kawasan perlindungan hidupan liar yang seragam dengan menetapkan kriteria tertentu dan pengurusan yang efektif, membangunkan sistem maklumat kawasan perlindungan kebangsaan dan sistem pengurusan berdasarkan pengetahuan dan prestasi yang diukur berdasarkan mekanisma kewangan. Pada peringkat sub rangkaian kawasan perlindungan projek ini membantu untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan sistem kawasan perlindungan dan mengurangkan jurang kewangan, bagi memastikan pengurusan sistem kawasan perlindungan dan proses perancangan perniagaan perlu mengambilkira kewangan berdasarkan prestasi. Pada peringkat lapangan, projek ini membantu fungsi-fungsi, teknikal dan keupayaan pihak pengurusan untuk memastikan setiap kawasan perlindungan mencapai tahap piawaian kebangsaan dan mempunyai mekanisma insentif kewangan. Aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan dalam projek ini dijangka dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan dalam mengatasi peningkatan ancaman terhadap biodiversiti contohnya pemburuan haram, dan perubahan gunatanah, terutama dalam lingkungan 886,000ha kawasan perlindungan daratan hidupan liar. Ianya juga memberi impak secara tidak langsung terhadap 2.98 juta ha sistem kawasan perlindungan termasuk hutan perlindungan dalam kawasan hutan Simpan kekal (HSK), begitu juga rangkaian kawasan perlindungan di Sabah dan Sarawak, melalui pelaksanaan mekanisma piawaian dan kewangan dimasa hadapan bagi kesemua kawasan perlindungan.

Brief Description:  Malaysia is one of 17 mega-diverse countries in the world, with a wealth of biological diversity in its terrestrial and marine zones.  The flora of Malaysia is exceedingly rich and is conservatively estimated to contain about 12,500 species of flowering plants, approximately 306 species of mammals, more than 742 species of birds, and 547species of reptiles, including a large number of endemics.  In order to safeguard the globally significant biodiversity, Malaysia has established networks of protected areas (PAs).  In Peninsular Malaysia alone, there are at least four PA networks covering a total area of 2.98 million ha, managed by different agencies including the Federal Department of Wildlife and National Parks, Johor National Parks Corporation, Perak State Parks Corporation and state forestry departments.  PAs under different networks are governed by different laws with varying degrees of protection status, and gazetting and de-gazetting procedures.  What is common between the different PA networks is that these PAs are largely characterised as sub-optimally managed and severely underfinanced.  There are four main reasons for this: (i) non-existent uniform system of national PAs under a common umbrella for achievement of biodiversity conservation goals;  (ii) insufficient understanding of the economic value of the PAs and essential contribution they make to national development; (iii)  insufficient incentives on the part of the state government to invest in PA management due to the perception that they are foregoing revenue generation opportunities through other forms of land use; and (iv) sub-optimal capacity at the PA management agencies for site management and PA system management.  In order to remove these obstacles for optimal PA system establishment and management, the project aims to establish a uniform national wildlife PA system in Peninsular Malaysia and to establish a performance-based financing structure to support effective PA system management.  Through a combination of interventions at Federal, PA network and site levels, the project will engender the introduction of system-level thinking, planning and management, supported by innovative, cost-effective and sustainable financing mechanisms.  At the federal level, the project focuses on creation of a uniform wildlife PA system with standard criteria for establishment and effective management, development of the national PA system information and knowledge management system, and establishment of performance- based financing mechanisms.  At the sub PA network level, the project supports to increase management effectiveness of the PA systems and decreasing of financing gaps, ensuring that PA system management and business planning processes are linked to performance-based financing.  At the site level, the project supports functional, technical and management capacity development in order for the individual PAs to meet the nationally set standards and access the financial incentive mechanisms.  The interventions are expected to translate into improved management effectiveness in addressing growing threats to biodiversity from, inter alia, poaching and land-use change, firstly within 886,000ha of the terrestrial wildlife PAs. It is in turn expected to have an indirect impact on a larger 2.98 million ha of PA system including the protection forests within the Permanent Reserved Forests (PRFs), as well as the PA networks in the State of Sabah and Sarawak, through future application of the standards and financing mechanisms for those PAs.

Duration: 2012-2019

Cetak