Web
  www.wildlife.gov.my
 
   
 
 
  SOALAN LAZIM  
     
   
     
 
Perundangan dan Penguatkuasaan
     
 
1.
Apakah spesies hidupan liar yang diperlindungi di Semenanjung Malaysia?
 
Buat masa ini sebanyak 740 spesies hidupan liar tempatan dan 1856  spesies hidupan liar eksotik, yang tersenarai di bawah CITES, diperlindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972  (Akta76). Terdapat dua taraf perlindungan; “Diperlindungi” dan “Diperlindungi Sepenuhnya”. Anda boleh merujuk senarai penuh hidupan liar yang diperlindungi di Perundangan dan Penguatkuasaan.
     
 
2.
Apakah jenis-jenis lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan PERHILITAN?
 
Jabatan PERHILITAN mengeluarkan beberapa jenis lesen berdasarkan aktiviti dan  spesies yang dipohon. Pada lazimnya lesen diperlukan bagi semua aktiviti melibatkan spesies hidupan liar yang ”Diperlindungi” di bawah Akta 76 Lesen boleh diperolehi di Jabatan PERHILITAN negeri dimana tuan tinggal. Sila rujuk senarai Pejabat Pengeluar Lesen bagi mendapatkan alamat PERHILITAN negeri yang berkenaan.

Bagi mendapatkan maklumat lesen sila rujuk Syarat Permohonan dan Jenis serta Fi Lesen.
     
 
3.
Apakah itu CITES?
 
CITES atau Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora  merupakan satu konvensyen antarabangsa dimana Malaysia menjadi ahli. Konvensyen ini membolehkan negara-negara berkerjasama untuk memantau  perdagangan antarabangsa spesies flora dan fauna, termasuk speises hidupan liar tempatan yang disenraikan di bawahnya. Untuk maklumat lanjut, klik  CITES.
     
 
4.
Bolehkah saya membeli dan menyimpan hidupan liar yang dijual di kedai peliharaan haiwan?
   
Ya, anda dibenarkan membeli dan menyimpan hidupan liar tersebut  sekiranya kedai tersebut dilesenkan oleh Jabatan. Dapatkan resit pembelian dan panjangkannya kepada Jabatan PERHILITAN Negeri bagi mendapatkan lesen memelihara, seperti yang dinyatakan di Jenis serta Fi Lesen.
     
 
5.
Bagaimana saya boleh mendapatkan lesen untuk menangkap burung Murai Batu?
 

Tidak boleh. Terdapat satu pembekuan dalam pengeluaran lesen menangkap burung dan memburu burung.

     
 
6.
Bolehkah saya membeli Murai Batu dan Kelicap Kunyit di kedai peliharaan haiwan?
 
Tidak boleh.  Sekiranya terjumpa sesiapa yang menjual burung-burung ini tolong laporkan degan  serta merta kepada Jabatan PERHILITAN.
     
 
7.
Bolehkan saya mengimport dan mengeksport hidupan liar?
 
Boleh sekiranya  import atau eksport hidupan liar dibenarkan di bawah Akta 76 dan CITES. Untuk maklumat lanjut, anda boleh juga merujuk kepada Garis Panduan Import/Eksport Hidupan Liar. 
     
 
8.
Apa saya perlu buat apabila hidupan liar yang saya memlihara itu mati?
   

Maklumkan serta merta dan pulangkan lesen berkenaan kepada Jabatan PERHILITAN. 

     
 
9.
Bolehkah saya mengutip dan membawa balik bunga orkid dan serangga semasa lawatan saya ke Taman Negara?
 
Tidak boleh. Kesemua flora dan fauna adalah dilindungi dibawah undang-undang.
     
 
10.
Apakah perundangan yang terlibat dalam perusahaan sarang burung Layang-Layang?
Burung Layang-Layang Gua (Aerodramus fuciphagus) dan Burung Layang-Layang Hitam (Aerodramus maximus) merupakan spesies yang diperlindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, Akta 76. Oleh itu, semua aktiviti yang melibatkan kedua-dua spesies tersebut perlu mendapat lesen daripada Jabatan PERHILITAN terlebih dahulu.
     
  11. Apakah lesen yang diperlukan untuk memulakan perusahaan sarang Burung Layang-Layang?
   

Pengusaha perlu mendapatkan lesen berikut daripada Jabatan PERHILITAN:

 
i)
Lesen mengambil sarang Burung Layang-Layang
ii)
Lesen perniagaan
iii)
Lesen Import/Eksport Hidupan Liar
    Untuk mengetahui kadar lesen tersebut sila klik pada Jenis serta Fi Lesen.
     
 
12.
Di manakan lesen import/eksport boleh didapati?
 
Permohonan untuk mendapatkan lesen berkaitan boleh dibuat di Pejabat Jabatan PERHILITAN seperti di alamat berikut:
   
i)
Pengarah
Jabatan PERHILITAN Wilayah Persekutuan
KM 10, Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-9075 2872   Faks: 03- 9075 2873
ii)
Pengarah
Jabatan PERHILITAN Negeri Johor
Tgkt. 9 Blok B, Wisma Persekutuan, Jalan Air Molek, 80000 Johor Baru, Johor.
Tel: 07-2230580    Faks: 07-2235702
iii)
Pengarah
Jabatan PERHILITAN Negeri Pulau Pinang
Tgkt. 40, Bangunan Komtar, 10000 Pulau Pinang.
Tel: 04-2613039   Faks: 04-2610330