Web
  www.wildlife.gov.my
 
   
 
 
  SOALAN LAZIM  
     
   
     
 
Kawasan Perlindungan
   
  1.
Bagaimanakah caranya untuk memohon menjalankan penyelidikan di dalam Kawasan Perlindungan seperti di Taman Negara dan Rezab Hidupan Liar di Semenanjung Malaysia?
     
    Dapatkan borang permohonan untuk menjalankan penyelidikan daripada Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN, Km. 10 Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur. Setelah mengisi sepenuhnya, sila kembalikan kepada Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN di alamat seperti di atas berserta dengan;
   
   
i)

Cadangan penyelidikan yang mengandungi objektif penyelidikan, bidang, kaedah, definisi konsep, lokasi dan jadual penyelidikan

ii)
Surat iringan daripada universiti atau agensi yang menyokong penyelidikan.
iii)
Senarai pembantu penyelidik bersama ’curriculum vitae’ masing-masing.
iv)
Penyelidik boleh dipanggil untuk membentang cadangan penyelidikan kepada Jawatankuasa Penyelidikan / Permit Khas / Pembiakan Hidupan Liar untuk pertimbangan dan kelulusan.
     
   
Borang permohonan
Garispanduan
     
  2. Apa itu RAMSAR dan apa matlamatnya?
    RAMSAR adalah nama sebuah Bandar di Iran, dimana Konvensyen Tanah Lembap pertama berlangsung pada tahun 1971. Tujuan utama konvensyen ini adalah untuk memulihara tanah lembap yang merupakan tempat berehat dan mencari makan burung-burung hijrah.
     
  3. Apakah status atau perkembangan susulan dari konvensyen RAMSAR di negara ini?
   
Malaysia telah menganggotai Sidang Tanah lembap Berkepentingan Antarabangsa atau RAMSAR pada tahun 1994. Tasek Bera di Negeri Pahang telah diistiharkan sebagai tapak RAMSAR pertama negara ini pada tahun tersebut. Sehingga kini terdapat lima 5 kawasan telah diisytiharkan sebagai Tapak RAMSAR iaitu Sungai Pulai, Tanjung Piai dan Pulau Kukup di negeri Johor dan  Kuching Wetland National Park di negeri Sarawak. Terdapat 26 kawasan lain di seluruh Semenanjung Malaysia, sabah dan Serawak turut telah dikenaspasti sebagai kawasan tanah lembap yang mempunyai kepentingan antarabangsa.
   
  4.
Apakah maksud atau definasi tanah lembap dan apakah kepentingannya dalam kehidupan?
   
Umumnya tanah lembap adalah merujuk tanah-tanah yang ditenggelami air atau tembusi air sepanjang masa atau sebahagian tempoh masa sahaja, samaada secara semulajadi atau buatan manusia.  Tanah lembap memainkan peranan penting dalam kehidupan khususnya dalam proses kitaran air selain ia merupakan habitat pelbagai tumbuhan dan haiwan. Selain itu ia mempunyai nilai-nilai ekonomi, budaya, saintifik dan rekreasi.
     
  5. Terdapat berapa jenis tanah lembap yang terdapat di Malaysia dan sebutkan contoh-contohnya?
     
   
Terdapat 3 jenis, dan contoh-contohnya adalah seperti berikut:
i)
Tanah Lembap Pesisiran Pantai/marin:- Air laut yang kedalamannya kurang dari 6 meter, dasar akuatik separa pasang surut, terumbu karang, pantai berpasir, hutan bakau pesisir pantai, muara sungai, dataran lumpur pasang surut dan lagun
ii)
Tanah lembap air tawar pendalaman:- Sungai dan anak sungai yang kekal termasuk air terjun, sunagi dan anak sungai bermusim,dataran banjir sungai termasuk lembangannya, tasik air tawar kekal, tasik air tawar bermusim, kolam air tawar kekal, kolam air tawar bermusim, paya rawa atau rumput,paya air tawar dan paya hutan, hutan paya gambut, hutan nipah, hutan gelam, paya lain seperti paya sagu, paya berkayu dan mata air tawar.
iii)
Tanah lembap buatan manusia:- Kawasan takungan air seperti empangan hidroelektrik, kolam akuakultur, Kawasan galian, rawatan sisa buangan, pengairan dan saliran termasuk sawah padi, kolam lain seperti kolam lading, kolam simpanan air, tanah rawa, tasik buatan dan tasik air masin buatan.