Web
  www.wildlife.gov.my
 
   
 
 
  SOALAN LAZIM  
     
   
     
 
Konservasi Ex-situ
   
 
1.
Bagaimanakah Jabatan PERHILITAN memilih spesies bagi Pusat Konservasi Hidupan Liar?
 
Pemilihan spesies adalah berasaskan nilai konservasi spesies tersebut atau nilai komersialnya. Spesies yang populasinya terancam memerlukan program pembiakan dalam kurungan bagi menambah bilangannya. Spesies bernilai komersil akan di biak untuk membekal penternak komersil. Ini akan secara langsung menjadi sumber pendapatan kepada kerajaan dan penternak.
 
2.
Bagaimanakah saya boleh menjalankan ladang komersil hidupan liar yang dilindungi?
 
Penternak komersil perlu mempunyai kawasan yang sesuai dan peruntukan kewangan. Borang permohonan untuk penternakan komersil boleh diperolehi dari mana-mana Jabatan PERHILITAN negeri atau laman web Jabatan. Setelah mengisi dan menghantar kepada Pengarah PERHILITAN negeri berkaitan, pihak Jabatan PERHILITAN negeri akan membuat penilaian dan lawatan tapak sebelum memanjangkan kepada Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN untuk penilaian seterusnya. Jika permohonan disokong, Jabatan PERHILITAN akan memanjangkan permohonan tersebut untuk kelulusan Menteri, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
 
3.
Apakah analisa-analisa DNA yang dijalankan oleh Jabatan?
 

Kerja - kerja DNA yang dijalankan oleh Jabatan PERHILITAN  memfokuskan ke arah mewujudkan pengecapjarian DNA bagi spesies hidupan liar di Malaysia bagi mengenalpasti sesuatu spesimen atau sebahagian spesimen hidupan liar. Ini adalah penting bagi tujuan konservasi dan penguatkuasaan. DNA juga digunakan untuk mengenalpasti jantina spesies burung, mahupun semasa peringkat masih anak. Jabatan juga sedang membangunkan teknik-teknik baru bagi ujian paterniti dan juga identifikasi individu hidupan liar.

 
4.
Bagaimanakah teknologi DNA boleh membantu di dalam pengurusan dan konservasi hidupan liar di Malaysia?
 
  Dalam Pengurusan Hidupan Liar:
i)
Identifikasi spesies daripada bahagian-bahagian hidupan liar yang tidak dapat dikenalpasti dalam kes-kes rampasan kuatkuasa.
ii)
Mengenalpasti asal dan populasi sesuatu spesies hidupan liar.
iii)
Identifikasi jantina pada anak-anak hidupan liar bagi tujuan pembiakan dalam kurungan.
  Dalam Konservasi Hidupan Liar:
i)
Menilai dan mengukur struktur genetik populasi hidupan liar. Penambahbaikan genetik boleh dilakukan ke atas populasi yang mengalami diversiti genetik yang rendah melalui pengenalan baka baru. Boleh diaplikasikan kepada populasi dalam kurungan dan juga liar.
ii)
Mengenalpasti populasi unik, spesies atau subspesies baru yang perlu diuruskan sebagai unit pengurusan yang berlainan.
iii)
Pengambilan sampel tanpa mengganggu hidupan liar: DNA boleh diekstrak daripada najis, bulu atau apa saja bahan genetik yang ditinggalkan oleh hidupan liar.