| |
1. |
Gangguan Hidupan Liar |
| |
Jika terdapat banyak kucing liar/anjing liar di kawasan perumahan kami adakah kami boleh melaporkan kepada Jabatan PERHILITAN untuk membantu? |
|
| |
|
Semua haiwan tempatan yang berasal dari negara ini adalah tertakluk di bawah kuasa Jabatan PERHILITAN kecuali haiwan peliharaan domestik seperti kucing dan anjing; haiwan ternakan dan peliharaan. |
|
| |
Apakah maklumat yang diperlukan ketika membuat laporan kepada Jabatan PERHILITAN berkenaan gangguan hidupan liar? |
|
| |
|
Pihak Jabatan memerlukan nama pengadu, no. telefon pengadu (telefon rumah atau bimbit ), lokasi kejadian dan alamat, spesies yang mengganggu dan masa kejadian (jika berkenaan). |
|
| |
Apakah tindakan yang boleh kami lakukan jika terdapat kera atau lain-lain hidupan liar mengganggu di kawasan rumah kami? |
|
| |
|
Hubungi Jabatan PERHILITAN dengan segera di talian 03-9075 2872 sambungan 118 (Wilayah Persekutuan) atau Jabatan PERHILITAN berhampiran; melalui surat kepada Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN; atau menggunakan khidmat pesanan ringkas kepada no. telefon yang terdapat di dalam Direktori laman web Jabatan PERHILITAN http://www.wildlife.gov.my |
|
| |
Apakah tindakan yang perlu saya buat jika terdapat serangan gajah di kebun/kampung/ladang saya? |
|
| |
|
Pengadu dilarang mengambil tindakan sendiri sebaliknya hubungilah Jabatan PERHILITAN berhampiran seperti Ibu Pejabat PERHILITAN Negeri/pejabat PERHILITAN daerah yang terdekat. Tindakan segera akan diambil oleh pegawai/kakitangan jabatan di negeri yang berkenaan. |
|
| |
Kenapa orang awam dilarang memberi makanan kepada kera liar? |
|
| |
|
Kera adalah spesies yang cerdik dan mudah mempelajari sesuatu mengikut kawasan tempat tinggal. Apabila orang selalu memberi makanan kepadanya, maka ia akan beranggapan setiap orang akan memberinya makanan dan apa yang berada di tangan manusia adalah makanan untuk mereka. Dengan ini gangguan akan berlaku termasuk tindakan mencederakan manusia apabila tiada lagi makanan untuknya. |
|
| |
Apakah jenis tindakan yang diambil oleh Jabatan PERHILITAN terhadap aduan gangguan kera. |
|
| |
|
Tindakan tangkap pindah akan diambil terhadap kera yang mengganggu di kawasan perumahan dan kawasan kampung. Kera-kera yang ditangkap akan dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. Tindakan pelupusan/tembak mati akan dilakukan terhadap kera yang menyebabkan kecederaan terhadap manusia. |
|
| |
Berapa cepatkah tindakan akan diambil setelah aduan diterima oleh Jabatan PERHILITAN? |
|
| |
|
Setelah aduan diterima, pihak Jabatan PERHILITAN akan menjalankan siasatan dalam tempoh kurang dari tiga (3) hari manakala bagi kes kecemasan aduan akan diambil dengan segera setelah maklumat diterima. |
|
| |
Adakah saya dibenarkan untuk menangkap/menembak kera yang mengganggu tanaman saya?
|
|
| |
|
Tindakan boleh diambil mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76, 1972, Seksyen 55 dan perlu melaporkan kepada Jabatan PERHILITAN sebagai agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab. |
|
| |
Adakah saya dikenakan bayaran di atas semua perkhidmatan dan bantuan yang telah diberikan oleh Jabatan PERHILITAN?
|
|
| |
|
Tiada sebarang bayaran dikenakan atas apa jua bantuan atau perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan PERHILITAN. |
|
| |
Kenapakah kakitangan Jabatan PERHILITAN di negeri-negeri hanya mengambil tindakan tembak halau terhadap aduan gangguan gajah di kawasan kampung/ladang pertanian dan kebun-kebun getah dan buah-buahan. |
|
| |
|
Tindakan tembak halau terhadap gangguan gajah akan dijalankan apabila kawasan gangguan berada berhampiran dengan hutan besar dan lokasi di mana gajah ditemui tidak mempunyai pokok-pokok yang besar untuk gajah diikat sebelum dipindahkan keluar dari kawasan tangkapan. Ketiadaan pokok-pokok besar untuk gajah diikat akan membahayakan pegawai/kakitangan yang bertugas di samping orang ramai/kampung yang tinggal berhampiran. |
|
| |
Kenapakah aduan gangguan gajah perlu dibuat dengan segera kepada pihak Jabatan PERHILITAN? |
|
| |
|
Tindakan segera dapat diambil oleh pihak Jabatan sebelum gajah-gajah tersebut beredar balik ke hutan berdekatan. Kerja-kerja tangkapan di dalam hutan akan menyukarkan Jabatan di samping membahayakan nyawa kakitangan yang bertugas. |
|
| |
Apakah langkah terbaik bagi menangani masalah gangguan Gajah di kawasan saya? |
|
| |
|
Jika mempunyai peruntukan yang mencukupi, pemasangan pagar elektrik yang diselenggarakan dengan baik dapat menghalang gajah daripada memasuki kawasan anda. |
|
| |
Apakah langkah terbaik bagi mengelakkan daripada gangguan harimau di kebun saya?
|
|
| |
|
Anda perlu memastikan kebun dibersihkan dengan baik supaya ia tidak kelihatan seperti hutan dan bersambungan dengan hutan yang menjadi habitat kepada harimau. |
|
| |
Bagaimanakah mengelakkan serangan harimau terhadap ternakan saya?
|
|
| |
|
Bagi ternakan yang dipelihara berhampiran kawasan hutan, ianya perlu dikurung di dalam kurungan pada waktu malam. |
|
| |
Bagaimanakah untuk mengelakkan bangunan di tempat kerja saya (kilang) daripada diduduki oleh spesies burung layang-layang/kelawar? |
|
| |
|
Elakkan bangunan daripada mempunyai dinding dan lain-lain struktur yang boleh menjadi tempat tenggek untuk burung-burung tersebut atau tempat bergayut untuk kelawar. Jika bangunan sudah sedia ada, pasangkan jaring di tempat-tempat masuk yang berpotensi menjadi tempat tidur burung-burung/kelawar tersebut. Hubungi Jabatan PERHILITAN yang terdekat untuk mendapatkan khidmat nasihat atau hubungi siti@wildlife.gov.my untuk bantuan dan khidmat nasihat. |
|
| |
|
| |
|
2. |
Perundangan dan Penguatkuasaan |
| |
Apakah spesies hidupan liar yang diperlindungi di Semenanjung Malaysia? |
|
| |
|
Buat masa ini sebanyak 740 spesies hidupan liar tempatan dan 1856 spesies hidupan liar eksotik, yang tersenarai di bawah CITES, diperlindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta76). Terdapat dua taraf perlindungan; “Diperlindungi” dan “Diperlindungi Sepenuhnya”. Anda boleh merujuk senarai penuh hidupan liar yang diperlindungi di Perundangan dan Penguatkuasaan. |
|
| |
 |
Apakah jenis-jenis lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan PERHILITAN?
|
|
| |
|
Jabatan PERHILITAN mengeluarkan beberapa jenis lesen berdasarkan aktiviti dan spesies yang dipohon.
Pada lazimnya lesen diperlukan bagi semua aktiviti melibatkan spesies hidupan liar yang ”Diperlindungi” di bawah Akta 76 Lesen boleh diperolehi di Jabatan PERHILITAN negeri dimana tuan tinggal. Sila
rujuk senarai Pejabat
Pengeluar Lesen bagi mendapatkan alamat
PERHILITAN negeri yang berkenaan.
Bagi mendapatkan maklumat lesen sila rujuk
Syarat Permohonan dan Jenis
serta Fi Lesen. |
|
| |
Apakah itu CITES? |
|
| |
|
CITES atau Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora merupakan satu konvensyen antarabangsa dimana Malaysia menjadi ahli. Konvensyen ini membolehkan negara-negara berkerjasama untuk memantau perdagangan antarabangsa spesies flora dan fauna, termasuk speises hidupan liar tempatan yang disenraikan di bawahnya. Untuk maklumat lanjut, klik CITES. |
|
| |
Bolehkah saya membeli dan menyimpan hidupan liar yang dijual di kedai peliharaan haiwan? |
|
| |
|
Ya, anda dibenarkan membeli dan menyimpan hidupan liar tersebut sekiranya kedai tersebut dilesenkan oleh Jabatan. Dapatkan resit pembelian dan panjangkannya kepada Jabatan PERHILITAN Negeri bagi mendapatkan lesen memelihara, seperti yang dinyatakan di Jenis
serta Fi Lesen. |
|
| |
Bagaimana saya boleh mendapatkan lesen untuk menangkap burung Murai Batu? |
|
| |
|
Tidak boleh. Terdapat satu pembekuan dalam pengeluaran lesen menangkap burung dan memburu burung.
|
|
| |
Bolehkah saya membeli Murai Batu dan Kelicap Kunyit di kedai peliharaan haiwan? |
|
| |
|
Tidak boleh. Sekiranya terjumpa sesiapa yang menjual burung-burung ini tolong laporkan degan serta merta kepada Jabatan PERHILITAN. |
|
| |
Bolehkan saya mengimport dan mengeksport hidupan liar? |
|
| |
|
|
|
| |
Apa saya perlu buat apabila hidupan liar yang saya memlihara itu mati? |
|
| |
|
Maklumkan serta merta dan pulangkan lesen berkenaan kepada Jabatan PERHILITAN. |
|
| |
Bolehkah saya mengutip dan membawa balik bunga orkid dan serangga semasa lawatan saya ke Taman Negara? |
|
| |
|
Tidak boleh. Kesemua flora dan fauna adalah dilindungi dibawah undang-undang. |
|
| |
Apakah perundangan yang terlibat dalam industri perusahaan sarang burung Layang-layang Gua ini? |
|
| |
|
Antara undang-undang yang terlibat adalah: |
|
| |
|
i) |
Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1986 yang dipakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan akan dikuatkuasakan bagi perkara-perkara melibatkan pengubahsuaian bangunan sedia ada untuk tujuan industri sarang burung Layang-layang. |
ii) |
Kementerian Kesihatan mengguna pakai Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (APSPP 1975) di dalam mengawal serangga-serangga pembawa penyakit supaya tidak mendatangkan masalah kepada kesihatan awam. Di bawah Akta APSPP 75 yang dimaksudkan, burung Layang-layang Gua telah diisytiharkan dalam jadual (Ruj: RKPBV/6/5/1 LLC.II.PN.PU.297) sebagai salah satu daripada “serangga pembawa penyakit”. Oleh itu, pengusaha sarang burung Layang-layang Gua hendaklah mematuhi keperluan dan kehendak Akta Jabatan Kesihatan sebelum mendapatkan lesen perusahaannya. |
iii) |
Spesies burung Layang-layang Gua yang menghasilkan sarang burung yang boleh dimakan adalah spesies yang diperlindungi dibawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, Akta 76. Status perlindungan ini memerlukan segala aktiviti berkaitan dengan spesies ini tertakluk kepada peraturan-peraturan yang terdapat dibawah Akta tersebut. |
iv) |
Peraturan yang telah diwujudkan di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, Akta 76, memperuntukkan agar fee dikenakan bagi menjalankan aktiviti pengambilan sarang burung Layang-layang. Di samping itu, fee juga dikenakan untuk tujuan import dan eksport. |
|
|
| |
Apakah keperluan lesen untuk memulakan perusahaan sarang burung Layang-layang? |
|
| |
|
Pengusaha yang ingin menjalankan perusahaan sarang burung Layang-layang Gua perlu mendapatkan lesen-lesen daripada agensi kerajaan berikut; |
|
| |
|
| |
Jenis |
Agensi Bertanggungjawab |
i) |
Lesen Premis |
Pihak Berkuasa Tempatan |
ii) |
Lesen Mengambil Sarang |
Jabatan PERHILITAN |
iii) |
Lesen Perniagaan Sarang |
Jabatan PERHILITAN |
iv) |
Lesen Import/Eksport Hidupan Liar |
Jabatan PERHILITAN |
|
|
| |
Berapakah bayaran yang dikenakan untuk lesen mengeksport sarang burung Layang-layang Gua dan Layang-layang Sarang Hitam? |
|
| |
|
Burung Layang-layang Gua (Aerodramus fuciphagus) dan Burung Layang-Layang Sarang Hitam (Aerodramus maximus) adalah spesies yang diperlindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar, 1972. Oleh yang demikian semua aktiviti eksport/import sarang burung layang-layang daripada spesies tersebut perlu mendapatkan lesen daripada Jabatan PERHILITAN.
Keperluan ini adalah berdasarkan kepada Perintah Perlindungan Hidupan Liar (Pindaan) 2003 yang telah menetapkan bahawa bayaran untuk lesen eksport/import adalah RM0.10 sen untuk satu gram atau RM100 untuk satu kilogram. |
|
| |
Di manakan lesen import/eksport boleh didapati? |
|
| |
|
Permohonan untuk mendapatkan lesen berkaitan boleh dibuat di Pejabat Jabatan PERHILITAN seperti di alamat berikut: |
|
| |
|
i) |
Pengarah
Jabatan PERHILITAN Wilayah Persekutuan
KM 10, Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-9075 2872 Faks: 03- 9075 2873 |
ii) |
Pengarah
Jabatan PERHILITAN Negeri Johor
Tgkt. 9 Blok B, Wisma Persekutuan, Jalan Air Molek, 80000 Johor Baru, Johor.
Tel: 07-2230580 Faks: 07-2235702 |
iii) |
Pengarah
Jabatan PERHILITAN Negeri Pulau Pinang
Tgkt. 40, Bangunan Komtar, 10000 Pulau Pinang.
Tel: 04-2613039 Faks: 04-2610330 |
|
|
| |
|
|
| |
|
3. |
Ekopelancongan |
|
|
|
|
|
|
Taman
Negara Sungai Relau Merapoh |
|
|
|
Taman
Negara Kelantan, Kuala Koh |
|
|
|
Taman
Negara Terengganu, Tanjung Mentong |
|
|
|
Taman
Negara Pulau Pinang |
|
|
|
Pusat
Konservasi Gajah, Kuala Gandah |
|
|
|
Santuari
Burung Kuala Gula |
|
|
|
Tasik
Bera, Pahang |
|
| |
|
|
|
4. |
Penjualan bahan-bahan penerbitan Jabatan PERHILITAN |
| |
Orang awam boleh membeli bahan-bahan terbitan Jabatan seperti buku dan VCD dengan menghubungi pegawai Bahagian Juruperunding di talian 03-90752872 samb 114. (Cik Suzilawati Ramzan).
Selain daripada ibu pejabat, bahan-bahan terbitan ini boleh juga didapati daripada pejabat PERHILITAN negeri dengan menghubungi pejabat berkenaan.
|
| |
Bahan-bahan yang dijual adalah seperti berikut: |
| |
 |
Buku Ternakan Komersil Hidupan Liar Malaysia-Landak Raya (Hystrix brachyura) – RM25.00 |
|
| |
 |
Buku Commercial Farming of Malaysian Wildlife-Malayan Porcupine (Hystrix brachyura) – RM30.00 |
|
| |
 |
VCD Tajuk: Gunung Tahan - A View From Above – RM15.00 |
|
| |
 |
VCD Taman Negara - A Journey Through Time – RM23.00 |
|
| |
 |
VCD Taman Negara Pulau Pinang - A Beacon Of Hope – RM20.00 |
|
| |
 |
DVD Krau Wildlife Reserve - A Centre For Biodiversity – RM20.00 |
|
| |
 |
DVD Tasek Bera - Malaysia's Mystical Wetlands – RM20.00 |
|
| |
 |
DVD Kuala Gula Bird Sanctuary - A Haven For Wildlife – RM28.00 |
|
| |
|
|
|
| |
|
|
|
5. |
Konservasi Ex-situ |
| |
Apakah Konservasi Ex-situ? |
| |
|
Ianya merupakan konservasi sumber biodiversiti di luar habitat asal. |
|
| |
Apakah tugas dan tanggungjawab Bahagian Konservasi Ex-situ? |
| |
|
Tugas bahagian tersebut adalah untuk menyelia semua Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL), Jabatan PERHILITAN dan ladang ternakan hidupan liar komersil di bawah bidang kuasa jabatan. Bahagian ini juga memberi tumpuan kepada penyimpanan sumber genetik hidupan liar termasuk bahan genetik dan air mani bagi kegunaan di masa hadapan. Tanggungjawab bahagian ini termasuk memastikan amalan husbandri yang baik, memberi rawatan penyakit dan mengatur program pembiakan di semua PKHL. |
|
| |
Bagaimanakah Jabatan PERHILITAN memilih spesies bagi Pusat Konservasi Hidupan Liar? |
| |
|
Pemilihan spesies adalah berasaskan nilai konservasi spesies tersebut atau nilai komersialnya. Spesies yang populasinya terancam memerlukan program pembiakan dalam kurungan bagi menambah bilangannya. Spesies bernilai komersil akan di biak untuk membekal penternak komersil. Ini akan secara langsung menjadi sumber pendapatan kepada kerajaan dan penternak. |
|
| |
Bagaimanakah saya boleh menjalankan ladang komersil hidupan liar yang dilindungi? |
| |
|
Penternak komersil perlu mempunyai kawasan yang sesuai dan peruntukan kewangan. Borang permohonan untuk penternakan komersil boleh diperolehi dari mana-mana Jabatan PERHILITAN negeri atau laman web Jabatan. Setelah mengisi dan menghantar kepada Pengarah PERHILITAN negeri berkaitan, pihak Jabatan PERHILITAN negeri akan membuat penilaian dan lawatan tapak sebelum memanjangkan kepada Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN untuk penilaian seterusnya. Jika permohonan disokong, Jabatan PERHILITAN akan memanjangkan permohonan tersebut untuk kelulusan Menteri, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. |
|
| |
Apakah analisa-analisa DNA yang dijalankan oleh Jabatan? |
| |
|
Kerja - kerja DNA yang dijalankan oleh Jabatan PERHILITAN memfokuskan ke arah mewujudkan pengecapjarian DNA bagi spesies hidupan liar di Malaysia bagi mengenalpasti sesuatu spesimen atau sebahagian spesimen hidupan liar. Ini adalah penting bagi tujuan konservasi dan penguatkuasaan. DNA juga digunakan untuk mengenalpasti jantina spesies burung, mahupun semasa peringkat masih anak. Jabatan juga sedang membangunkan teknik-teknik baru bagi ujian paterniti dan juga identifikasi individu hidupan liar.
|
|
| |
Bagaimanakah teknologi DNA boleh membantu di dalam pengurusan dan konservasi hidupan liar di Malaysia? |
| |
|
| Dalam Pengurusan Hidupan Liar: |
i) |
Identifikasi spesies daripada bahagian-bahagian hidupan liar yang tidak dapat dikenalpasti dalam kes-kes rampasan kuatkuasa. |
ii) |
Mengenalpasti asal dan populasi sesuatu spesies hidupan liar. |
iii) |
Identifikasi jantina pada anak-anak hidupan liar bagi tujuan pembiakan dalam kurungan. |
| Dalam Konservasi Hidupan Liar: |
i) |
Menilai dan mengukur struktur genetik populasi hidupan liar. Penambahbaikan genetik boleh dilakukan ke atas populasi yang mengalami diversiti genetik yang rendah melalui pengenalan baka baru. Boleh diaplikasikan kepada populasi dalam kurungan dan juga liar. |
ii) |
Mengenalpasti populasi unik, spesies atau subspesies baru yang perlu diuruskan sebagai unit pengurusan yang berlainan. |
iii) |
Pengambilan sampel tanpa mengganggu hidupan liar: DNA boleh diekstrak daripada najis, bulu atau apa saja bahan genetik yang ditinggalkan oleh hidupan liar. |
|
|
| |
|
|
|
| |
|
|
|
6. |
Kawasan Perlindungan |
| |
Bagaimanakah caranya untuk memohon menjalankan penyelidikan di dalam Kawasan Perlindungan seperti di Taman Negara dan Rezab Hidupan Liar di Semenanjung Malaysia? |
| |
|
Dapatkan borang permohonan untuk menjalankan penyelidikan daripada Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN, Km. 10 Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur. Setelah mengisi sepenuhnya, sila kembalikan kepada Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN di alamat seperti di atas berserta dengan; |
|
| |
|
i) |
Cadangan penyelidikan yang mengandungi objektif penyelidikan, bidang, kaedah, definisi konsep, lokasi dan jadual penyelidikan |
ii) |
Surat iringan daripada universiti atau agensi yang menyokong penyelidikan. |
iii) |
Senarai pembantu penyelidik bersama ’curriculum vitae’ masing-masing. |
iv) |
Penyelidik boleh dipanggil untuk membentang cadangan penyelidikan kepada Jawatankuasa Penyelidikan / Permit Khas / Pembiakan Hidupan Liar untuk pertimbangan dan kelulusan. |
|
|
| |
|
|
|
| |
|
|
|
7. |
Perihal Burung Layang-layang |
| |
Berapa banyak spesies burung Layang-layang yang terdapat di Semenanjung Malaysia dan spesies apakah yang boleh dikomersialkan? |
|
| |
|
Di Semenanjung Malaysia, terdapat 13 spesies burung Layang-layang daripada jenis swiftlet. Walaupun demikian, hanya 2 spesies dari Famili Apodidae sahaja, iaitu Aerodramus fuciphagus (Edible-nest Swiftlet) dan Aerodramus maxima (Black-nest Swiftlet) yang menghasilkan sarang burung yang boleh dimakan. |
|
| |
 |
Di manakah habitat asal burung Layang-layang Gua?
|
|
| |
|
Habitat asal burung Layang-layang ini adalah di gua-gua berbatu seperti yang terdapat di Pulau Redang, Terengganu, beberapa pulau di selatan Johor, Gua Mulu di Sarawak dan juga gua-gua di Sabah. |
|
| |
Di manakah taburan burung Layang-layang Gua ini? |
|
| |
|
Di Asia Tenggara, taburannya meliputi Kepulauan Andaman dan Nicobar, Hainan di China, Pulau Palawan di Filipina, Pesisir Pantai dan Pulau di Vietnam, Cambodia, Thailand, Myanmar, Semenanjung Malaysia, Singapura dan Kepulauan Indonesia termasuk Sumatra, Java, dan Kepulauan Sunda iaitu Borneo. |
|
| |
 |
Berapa kali musim pembiakan bagi burung Layang-layang Gua?
|
|
| |
|
Terdapat 3 musim pembiakan bagi burung Layang-layang Gua ini iaitu bermula dari bulan Disember – Mac, April – Julai dan Ogos – November. |
|