Web
  www.wildlife.gov.my
 
   
 
 
  PERUNDANGAN DAN PENGUATKUASAAN  
     
 
LESEN EKSPORT/ IMPORT SARANG BURUNG LAYANG-LAYANG
 

Burung Layang- Layang Gua (Aerodramus fuciphagus) dan Burung Layang-Layang Hitam (Aerodramus maximus) adalah spesies yang diperlindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76) dan oleh demikian semua aktiviti import/ eksport sarang burung layang-layang daripada spesies tersebut perlu mendapatkan lesen import/ eksport terlebih dahulu daripada Jabatan PERHILITAN.

Keperluan ini adalah berdasarkan kepada Perintah Perlindungan Hidupan Liar (Pindaan) 2003 yang telah menetapkan bahawa bayaran untuk lesen import/ eksport adalah RM0.10 untuk satu gram atau RM100.00 untuk satu kilogram.

Garis Panduan Import/ Eksport Hidupan Liar


Permohonan untuk mendapatkan lesen berkaitan boleh dibuat di Pejabat Jabatan PERHILITAN seperti di alamat berikut:

Pengarah
Jabatan PERHILITAN Wilayah Persekutuan
KM 10, Jalan Cheras,
56100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-9075 2872
Faks: 03- 9075 2873

Pengarah
Jabatan PERHILITAN Negeri Johor
Tgkt. 9 Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek,
80000 Johor Baru, Johor.
Tel: 07-2230580
Faks: 07-2235702

Pengarah
Jabatan PERHILITAN Negeri Pulau Pinang
Tgkt. 40, Bangunan Komtar,
10000 Pulau Pinang.
Tel: 04-2613039
Faks: 04-2610330