Web
  www.wildlife.gov.my
 
   
 
 
  PERUNDANGAN DAN PENGUATKUASAAN  
     
 
Penguatkuasaan
Perundangan dan Pendakwaan
CITES
Dasar Serantau dan Antarabangsa
Analisis Rekod dan Data
...................................................................................................................................................................................................................
<<kembali
 
DASAR SERANTAU DAN ANTARABANGSA
 
Jabatan terlibat di dalam penyelarasan dan pelaksanaan beberapa dasar serantau dan antarabangsa yang berkaitan dengan pemuliharaan kepelbagaian biologi dan ekosistem. Antara Perjanjian Pelbagai Hala Mengenai Alam Sekitar yang berkaitan adalah seperti berikut:
 
1.
Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD)
Penglibatan Jabatan adalah berkaitan dengan pelaksanaan keputusan-keputusan yang dicapai berkaitan dengan program kawasan perlindungan di bawah konvensyen ini. Ini melibatkan beberapa isu seperti mewujudkan dan memperkukuhkan sistem kawasan perlindungan di peringkat kebangsaan dan serantau, mewujudkan kawasan perlindungan merentas sempadan dengan negara jiran, meningkatkan kerjasama serantau di dalam pengurusan kawasan perlindungan, mengawal ancaman ke atas kawasan perlindungan seperti spesies asing, dan menggalakkan perkongsian faedah dengan pelbagai pihak hasil dari pengurusan kawasan perlindungan.
2.
ASEAN Working Group on Nature Conservation and Biodiversity (AWGNCB)
Jabatan terlibat di dalam Kumpulan Kerja peringkat ASEAN ini yang diwujudkan untuk meningkatkan kerjasama serantau di dalam bidang konservasi biodiversiti.
3.
ASEAN Heritage Parks
Program Taman Warisan ASEAN melibatkan kerjasama di kalangan negara-negara ahli di dalam mengurus kawasan perlindungan, Ini dilakukan melalui program pertukaran maklumat dan kepakaran di kalangan agensi yang mengurus kawasan perlindungan di negara masing-masing. Pencalonan kawasan perlindungan baru ke dalam senarai Taman Warisan ASEAN juga digalakkan.
4.
Konvensyen Ramsar (Ramsar)
Konvensyen tanah lembap yang ditandatangani di Ramsar, Iran, pada 1971, merupakan perjanjian antara kerajaan (intergovernmental treaty) yang menyediakaan rangka kerja bagi tindakan peringkat kebangsaan dan kerjasama antarabangsa bagi konservasi dan penggunaan lestari tanah lembap serta sumber-sumbernya.

Setakat ini Konvensyen Ramsar dianggotai oleh 154 Negara Parti dengan 1641 kawasan tanah lembap seluas 146 juta hektar yang dikenalpasti untuk disenaraikan sebagai tanah lembap Ramsar yang mempunyai kepentingan antarabangsa.

Malaysia menyertai Konvensyen Ramsar pada 1994 dengan menyenaraikan Tasek Bera sebagai tapak Ramsar pertama negara. Ciri-ciri semula jadi tasik air tawar ini memenuhi kriteria pemilihan yang ditetapkan oleh Konvensyen Ramsar seperti keunggulan tasik, sungai, diversity flora dan fauna serta fungsinya sebagai tempat pembiakan burung-burung air.
Selepas Tasik Bera, beberapa kawasan tanah lembap yang lain turut diisytiharkan sebagai tapak Ramsar seperti berikut:

Hutan bakau Sungai Pulai , Johor (31/01/2003)
Hutan Bakau Tanjung Piai, Johor (31/01/2003)
Pulau Kukup, Johor (31/01/2003)
Kuching Wetland National Park, Sarawak (08/11/2005)

Jabatan terlibat di dalam pelaksanaan Konvensyen Ramsar apabila Tasek Bera disenaraikan sebagai Tapak Ramsar pertama semasa negara menyertai konvensyen ini. Selain daripada menguruskan tapak Ramsar ini, Jabatan turut menyelaras pelaksanaan konvensyen ini di peringkat kebangsaan.

   
5.
World Conservation Union (IUCN)
World Conservation Union merupakan rangkaian konservasi yang paling besar dan penting di dunia. Ianya melibatkan 83 State Members, 110 agensi kerajaan, 800 Pertubuhan Bukan Kerajaan, 10,000 saintis dan pakar daripada 181 negara.

Misi utama organisasi ini ialah untuk mempengaruhi, menggalakkan dan membantu masyarakat di seluruh dunia memulihara integriti dan kepelbagaian alam semula jadi dan memastikan sebarang penggunaan sumber semula jadi dilaksanakan secara adil dan lestari.

Keahlian terdiri dari:
State Member - Jabatan PERHILITAN
Agensi-agensi Kerajaan - Sabah Parks , Sarawak Forestry Corporation dan Jab. Hidupan Liar Sabah
Pertubuhan Bukan Kerajaan - Malayan Nature Society ( MNS ) dan World Wild Fund For Nature (WWF)
Gabungan dengan World Fish Center

Penglibatan Jabatan di dalam organisasi ini adalah berkaitan dengan World Congress on Protected Areas (WCPA) dan Species Survival Commission (SSC).