Web
  www.wildlife.gov.my
 
   
 
 
  PERUNDANGAN DAN PENGUATKUASAAN  
     
 
Penguatkuasaan
Perundangan dan Pendakwaan
CITES
Dasar Serantau dan Antarabangsa
Analisis Rekod dan Data
...................................................................................................................................................................................................................
<<kembali
 
CONVENTION ON INTERNATIONAL TRADE IN ENDANGERED SPECIES OF WILD FAUNA AND FLORA (CITES)
 
Melalui program ini Jabatan bertanggungjawab untuk melaksanakan obligasi negara dalam aspek konservasi biodiversiti seperti yang dituntut oleh konvensyen antarabangsa di mana Malaysia telah menjadi ahli.
 
Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora ( CITES )
Sebagai ahli kepada Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) sejak 1978, Malaysia adalah bertanggungjawab untuk mengawal perdagangan diperingkat antarabangsa spesies fauna seperti yang disenaraikan dibawah Apendiks I, II dan III CITES.

Malaysia telah melantik Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sebagai Pihak Berkuasa Saintifik CITES (CITES Scientific Authority) dan beberapa agensi kerajaan untuk menjadi Pihak Berkuasa Pengurusan CITES Malaysia (CITES Management Authority) iaitu; Jabatan PERHILITAN, Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian dan Malaysian Timber Industry Board.

Jabatan PERHILITAN mengawal perdagangan hidupan liar selain spesies marin, ikan dan domesticated species melalui pengeluaran permit CITES bagi aktiviti import/ eksport .