Jabatan
PERHILITAN bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76), bagi melindungi spesies hidupan
liar sama ada matang atau tidak matang
tidak kira ianya boleh dijinakkan atau
dibiakkan dalam kurungan. Walaubagaimanapun
ia tidak termasuk hidupan liar dari spesies
marin, ikan dan domesticated species seperti kucing, anjing dan lain-lain.
Selain melindungi spesies hidupan liar,
Jabatan PERHILITAN juga bertanggungjawab
untuk menjaga dan mengurus beberapa kawasan
hutan yang merupakan habitat penting spesies
hidupan liar negara ini, yang diwartakan
sebagai taman negara, rezab dan santuari
hidupan liar. Ini untuk memastikan hidupan
liar akan terus wujud di negara ini.
Kesan dari permintaan dan nilai yang tinggi
di pasaran antarabangsa, menyebabkan hidupan
liar sentiasa menjadi sasaran pihak yang
berkepentingan. Sehubungan dengan itu
Jabatan PERHILITAN akan terus memastikan
perundangan negara yang melibatkan konservasi
sumber biodiversiti dikuatkuasakan dengan
berkesan. Ianya dilaksanakan di semua
peringkat Jabatan iaitu peringkat Ibu
pejabat, negeri dan daerah. Tugas dan
tanggungjawab ini disokong serta dimantapkan
melalui program-program berikut: |