Web
  www.wildlife.gov.my
 
   
 
 
  KONSERVASI BIODIVERSITI  
     
 
Inventori Biodiversiti
Pengawalan Sepenuh Masa Taman Negara
Kawalan Konflik Manusia Dengan Hidupan Liar
Konservasi Spesies Terancam Dan Komersil
Penilaian Impak Strategik
Pengurusan Habitat
...................................................................................................................................................................................................................
 
KAWALAN KONFLIK MANUSIA DENGAN HIDUPAN LIAR
 
1.
Aduan Gangguan Hidupan Liar/ Aduan Awam
Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia menyediakan perkhidmatan di dalam atau di luar waktu pejabat mengikut negeri. Sebarang aduan yang memerlukan tindakan segera boleh dibuat melalui:
  - e-aduan
- Direktori pengarah-pegarah negeri/ pengarah-pengarah bahagian
   
2.
Menangani masalah berkaitan Konflik Manusia Dengan Hidupan Liar
Konflik hidupan liar boleh didefinisikan sebagai lakuan atau tindakan spesies hidupan liar yang boleh menyebabkan kematian, kecederaan, kerosakan harta benda, kemusnahan tanaman pertanian, kematian haiwan ternakan dan menimbulkan rasa ketakutan atas keselamatan orang ramai. Hidupan liar yang dimaksudkan pula ialah spesies yang tersenarai di dalam Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76, tahun 1972.

Punca utama konflik hidupan liar ini berlaku ialah disebabkan kemusnahan habitat, fragmentasi habitat, pembalakan, perburuan haram dan program pembangunan tidak terancang yang tidak mengambil kira kehadiran hidupan liar di kawasan berkenaan.

Terdapat 17 spesies hidupan liar yang menimbulkan konflik manusia dengan hidupan liar: kera, gajah, harimau, musang, babi hutan, ular, beruk, lotong, burung, buaya, beruang, kelawar, tenggiling, kucing batu dan lain-lain. Konflik manusia-kera/gajah/harimau merupakan yang paling serius sejak 5 tahun kebelakangan ini. Di kawasan-kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, spesies musang mula menunjukkan peningkatan dari segi aduan konfliknya.
   
 
i.
Kera – brosur, manual pengurusan konflik, pelan pengurusan
Daripada tahun 1998 hingga 2006, sebanyak 23,392 aduan gangguan kera telah diterima daripada kesemua negeri yang bermasalah di Semenanjung Malaysia (Peta 1). Gangguan kera yang serius banyak berlaku di sebelah Pantai Barat Semenanjung seperti: Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pulau Pinang. Tiga buah negeri mencatatkan aduan yang tertinggi di sepanjang tahun tersebut iaitu: Selangor (5,877), Wilayah Persekutuan (3,668) dan Johor (3,294).
ii.
Gajah – brosur, manual tangkap, pelan pengurusan
Pada tahun 1998-2006 aduan terhadap gangguan gajah ialah 6,873 atau puratanya 764 kes setahun dan Johor mencatatkan jumlah aduan terbanyak bagi setahun iaitu 203 kes. Ini berlaku akibat kekurangan habitat, habitat fragmentasi, ketiadaan kawasan wildlife corridors, pembalakan dan sebagainya. Tujuh buah negeri yang terlibat dengan gangguan gajah ialah: Kelantan, Johor, Terengganu, Perak, Pahang Kedah dan Negeri Sembilan. Kawasan-kawasan kritikal bagi gangguan gajah: Kelantan-Jeli, Gua Musang; Perak-Sungai Siput, Hulu Perak; Johor-Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Segamat; Pahang-Lipis, Rompin, Pekan, Kuantan; Terengganu-Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman; Kedah-Baling, Padang Terap (Peta 2)
iii.
Harimau – brosur, Manual pengurusan
Negeri-negeri yang terlibat dengan gangguan harimau ialah: Kelantan, Perak, Pahang, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan dan Selangor. Kawasan-kawasan kritikal bagi gangguan harimau:– Kelantan-Jeli, Gua Musang; Perak-Sungai Siput; Pahang-Maran, Kuantan; Terengganu-Dungun, Kemaman (Peta 3).
iv.
Musang - brosur
Pada tahun 2006 sahaja sebanyak 435 aduan berkenaan konflik manusia – musang telah diterima daripada kesemua negeri di Semenanjung Malaysia. Berdasarkan pangkalan data, sebanyak 252 aduan berkaitan dengan konflik manusia – musang diterima sepanjang bulan Januari hingga Jun 2007 di mana Wilayah Persekutuan mencatatkan aduan tertinggi diikuti oleh Selangor, Kedah, Melaka dan Pulau Pinang. Secara keseluruhannya 80% aduan konflik manusia-musang berlaku di bandar-bandar besar di mana kebanyakan kes melibatkan kehadiran musang di kawasan perumahan pengadu. Ini boleh dikaitkan dengan kehilangan habitat musang akibat pembangunan dan keupayaan musang untuk beradaptasi dan tinggal di kawasan penempatan manusia.
v.
Babi Hutan
Sebanyak 401 aduan berkaitan gangguan babi hutan telah diterima dari seluruh Semenanjung Malaysia pada tahun 2006. Negeri Perak telah mencatatkan aduan tertinggi berbanding negeri-negeri lain. Konflik manusia-babi hutan kerap kali berlaku di kawasan pertanian dan penempatan manusia yang terletak berhampiran dengan kawasan hutan.
vi.
Ular Sawa - brosur
Sebanyak 70 aduan melibatkan ular sawa diterima pada tahun 2006 di seluruh Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun bagi setengah tahun pertama 2007 terdapat penurunan aduan sebanyak 9%. Negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Pahang merupakan antara negeri yang menerima aduan yang tinggi melibatkan konflik manusia-ular sawa.