Penilaian dan pemantauan ke atas kawasan-kawasan yang
dirancang untuk dibangunkan di seluruh Semenanjung
Malaysia telah dilakukan. Selain daripada itu, pengemaskinian
pangkalan data bagi spesies hidupan liar di Semenanjung
Malaysia daripada tahun 1980-an sehingga tahun 2006
juga sedang dijalankan.
Program
inventori biodiversiti serta penguatkuasaan undang-undang
telah dijalankan di kawasan penjajaran Pakej 6 (jalanraya
daripada Aring, Gua Musang di sebelah Kelantan ke
Pasir Pulau, Gawi di sebelah Terengganu. Hasil daripada
program ini, 3 unit `animal viaducts’ telah
didirikan. Ianya merupakan yang pertama di Asia Tenggara
dan bertujuan untuk menyediakan laluan khas kepada
spesies hidupan liar daripada kawasan Taman Negara
ke hutan-hutan yang bersebelahan, terutamanya spesies
mamalia besar seperti Gajah, Beruang, Harimau, Tapir
dan Seladang. |