Web
  www.wildlife.gov.my
 
   
 
 
  KONSERVASI BIODIVERSITI  
     
 
Inventori Biodiversiti
Pengawalan Sepenuh Masa Taman Negara
Kawalan Konflik Manusia Dengan Hidupan Liar
Konservasi Spesies Terancam Dan Komersil
Penilaian Impak Strategik
Pengurusan Habitat
...................................................................................................................................................................................................................
 
PENGURUSAN HABITAT
 
Program pengurusan dan pengkayaan habitat di beberapa lokasi di Kawasan Perlindungan dan Rezab Hidupan Liar sedang dijalankan.
1.
Rizab Hidupan Liar Krau, Pahang
Sebuah padang ragut telah dibina di kawasan Jenderak Selatan bagi tujuan menambahkan sumber pemakanan kepada Seladang dan lain-lain hidupan liar. Keluasan kawasan ini dianggarkan 4 hektar. Sementara itu plot padang ragut yang kedua, di Kuala Senderoh bersaiz 2 hektar sedang dibina pada tahun 2007. Padang ini akan ditanam dengan rumput Setaria, Napier dan Guinea bagi tujuan yang sama. Di samping memulihkan padang ragut sedia ada, jenut-jenut yang pasif di kawasan rezab juga sedang diaktifkan semula dengan meletakkan garam kasar dan juga garam blok di kawasan-kawasan tersebut. Kawasan di sekeliling padang ragut juga akan ditanam dengan pokok buah-buahan hutan seperti Mertajam, Mata Pelanduk,Tampoi dan Ara bagi menambah sumber makanan yang sedia ada.
   
2.
Taman Negara Pahang
Satu program penanaman pokok buah-buahan hutan untuk makanan burung dan juga hidupan liar yang lain sedang dijalankan di Taman Negara Pahang. Pokok buah-buahan ini akan ditanam di sekeliling padang ragut Kuala Atok, Chegar Anjing, Kuala Trenggan dan Kuala tahan. Antara pokok buah-buahan yang akan ditanam ialah pokok Ara, Terap, Sentul dan Mata Pelanduk.