| Penyelidikan
Biodiversiti Jabatan |
i. |
Kajian
tabiat tapir dalam kurungan
Kajian kelakuan tapir dalam kurungan dijalankan
di Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Sungai
Dusun. Sebanyak 23 pemboleh ubah kelakuan
pembiakan direkodkan untuk empat pasang tapir
yang diletakkan bersama dalam kandang. Tapir
telah dipasangkan sama ada waktu pagi atau
petang dan telah dipisahkan jika kelakuan
agresif yang boleh mendatangkan kecederaan
ditunjukkan oleh tapir. |
| |
|
ii. |
Kajian
penggunaan habitat oleh tapir
Kajian penggunaan habitat oleh tapir telah
dijalankan di Rezab Hidupan Liar Krau. Kajian
ini dijalankan dengan kerjasama Zoo Copenhagen
yang menjalankan kajian populasi dan taburan
tapir di kawasan tersebut. Berdasarkan data
telemetri, 60 titik kedudukan tapir yang direkodkan
telah dipilih untuk direkodkan ciri-ciri habitat
kawasan tersebut. Sebanyak 30 pemboleh ubah
habitat telah dipilih untuk menerangkan penggunaan
habitat oleh tapir di kawasan tersebut. |
| |
|
iii. |
Kajian
DNA Harimau
Kajian ini adalah kerjasama di antara Jabatan
PERHILITAN dan Jabatan KIMIA. Analisa ke atas
20 ekor harimau Malaya telah dijalankan menggunakan
segmen gen sitokrom b pada DNA mitokondria.
Sampel darah diperolehi daripada tiga zoo
di Semenanjung Malaysia; Zoo Melaka, Zoo Taiping
dan T. C. Arapaima di Kulai, Johor. Pencirian
DNA ke atas 20 jujukan siri daripada sampel
yang digunakan mendapati perbezaan yang rendah
pada komposisi genetik. Analisis filogenetik
seterusnya dilakukan ke atas jujukan siri
DNA menggunakan analisa pengukuran jarak (cantuman
bersebelahan), parsimoni maksimum dan kebarangkalian
maksimum. Kesemua tiga analisis menghasilkan
topologi yang sama. Ini menyokong pengkelasan
subspesies harimau yang sedia ada. Keputusan
yang diperolehi juga mendapati harimau Malaya
di Semenanjung Malaysia berbeza daripada subspesies
IndoChina, subspesies asal harimau Malaya. |
| |
|
iv. |
Kajian
DNA Hidupan Liar
Penyelidikan ini melibatkan penyediaan makmal
DNA hidupan liar untuk digunakan bagi program-program
konservasi ex-situ dan penguatkuasaan,
Jabatan PERHILITAN. Makmal ini akan berperanan
menganalisa DNA hidupan liar bagi kegunaan
pengecaman spesies terutamanya sampel-sampel
yang dirampas oleh jabatan PERHILITAN. Projek
ini telah mula beroperasi pada awal bulan
November 2006 dan telah berjaya mengekstrak
DNA sampel-sampel harimau, harimau kumbang,
tapir dan juga buaya julung-julung. Lebih
banyak sampel akan dianalisa seterusnya. |
| |
|
v. |
Kajian
Populasi Gajah Melalui Kadar Pereputan Najis
Gajah
Kajian telah dimulakan secara serentak di
3 lokasi berbeza di dalam kawasan Taman Negara.
Lokasi tersebut adalah Tanjung Mentong diTerengganu;
Merapoh di Pahang dan Kuala Atok di Pahang.
Pemantauan kadar pereputan najis gajah, bilangan
dan saiz mengikut klasifikasi yang telah ditetapkan
juga dijalankan dengan menggunakan garis transek
sepanjang 1000m. Penentuan garis transek adalah
berdasarkan peta topografi di mana garis transek
dipilih secara seragam berselang 3000m antara
satu sama lain. Kajian ini sedang maju dan
hasil dari kajian ini diharapkan dapat memberi
anggaran bilangan gajah liar di Taman Negara
dapat ditentukan dengan lebih tepat. |
| |
|
vi. |
Kajian
Perangkap Lubang Berdinding
Kajian ini dijalankan sebagai satu kaedah
pemantauan bagi haiwan vertebrata bersaiz
kecil seperti reptilia, amfibia, roden dan
cencurut di Rezab Hidupan Liar Krau. Sebanyak
126 bakul telah ditanam ke dalam tanah dalam
14 garisan transek sepanjang 45 meter setiap
satu. Di setiap garis transek, 5m dinding
aluminium (30 cm tinggi) ditanam kira-kira
5 cm ke dalam tanah antara bakul untuk menambahkan
keluasan kawasan tangkapan. Pensampelan dijalankan
setiap bulan untuk empat malam berturut-turut
bermula bulan Julai 2006 hingga November 2006.
Sejumlah 370 amfibia daripada 18 spesies,
26 reptilia daripada 7 spesies, 2 kura-kura
daripada 1 spesies, 18 cencurut daripada 2
spesies dan 11 roden daripada 3 spesies direkodkan
dalam kajian ini. Kajian ini telah menunjukkan
bahawa kaedah perangkap lubang berdinding
dapat digunakan sebagai satu kaedah pemantauan
kuantitatif biodiversiti yang dapat digunakan
bagi kawasan perlindungan untuk memastikan
biodiversitinya sentiasa dilindungi serta
untuk menentukan kawasan pembalakan yang perlu
diiktiraf supaya pembalakan dikendalikan secara
lestari.
|
| |
|
vii. |
Kajian Non Detrimental Finding (NDF) bagi
Biawak Air, Ular Sawa dan Ular Tedung
Kajian ini dijalankan merangkumi 4 habitat
iaitu sawah padi, kelapa sawit, hutan paya
bakau dan hutan tanah pamah di semua negeri
untuk menentukan taburan populasi spesies
hidupan liar yang ditangkap melalui pelesenan
adalah dijalankan secara lestari. Populasi
minimum bagi Biawak Air, Ular Sawa dan Ular
Tedung dikira berdasarkan kekerapan cerapan
dalam lingkungan 1km2 mengikut jumlah keluasan
habitat.
|
| |
|
viii. |
Kajian
Herba dan Tumbuhan Ubatan di Sekitar Rezab
Hidupan Liar Krau
Kajian tumbuhan herba telah dijalankan di
sekitar Pos Penyelidikan Kuala Lompat di Rezab
Hidpan Liar Krau untuk mengenalpasti spesies-spesies
herba yang digunakan oleh masyarakat tempatan
di sekitarnya. Antara herba yang dikenal pasti
dan dibuat pensampelan adalah Tongkat Ali,
Kacip Fatimah dan Tengkuk Biawak. Sampel yang
diambil dibawa balik ke Institut Biodiversiti
dan ditanam di nurseri tumbuhan untuk dijadikan
sebagai rujukan.
|
| |
|
ix. |
Kutipan
dan Katalog Koleksi Spesimen Zoologi
Salah satu peranan Institut Biodiversiti adalah
untuk menjadi tempat rujukan bagi biodiversiti
fauna. Untuk memainkan peranan ini semua koleksi
spesimen fauna jabatan ditempatkan di Muzium
Zoologi Jabatan yang terletak di IBD. Koleksi
spesimen ini dibahagikan kepada koleksi spesimen
saintifik dan spesimen bahan pameran. Bagi
koleksi saintifik, ia dibahagikan kepada spesimen
kering dan spesimen basah. Spesimen kering
dalam bentuk kulit, tulang, gigi, molar dan
sebagainya manakala spesimen basah diawet
dalam alkohol 75% dan disimpan dalam botol
kaca. -Senarai
Koleksi Spesimen Zoologi-
|
| |
|