Web
  www.wildlife.gov.my
 
   
 
 
  INSTITUT BIODIVERSITI (IBD)  
     
 
Latihan
Kesedaran Awam
Penyelidikan
...................................................................................................................................................................................................................
<<kembali
 
KESEDARAN AWAM
 

Program ini memberi fokus kepada perancangan, pengendalian serta penyelarasan semua aktiviti kesedaran awam Jabatan untuk meningkat kesedaran serta perubahan sikap untuk menyayangi serta melindungi sumber biodiversiti negara di kalangan pelbagai lapisan masyarakat. Kumpulan sasaran program ini adalah terdiri daripada golongan pelajar, belia, guru-guru dan masyarakat setempat. Antara aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dikendalikan di bawah Program Kesedaran Awam adalah:

 
 
i.
Program Pendidikan Konservasi Biodiversiti (PPKB)
Program PPKB telah dijalankan sejak 1978 oleh Jabatan bagi meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan khazanah alam yang tidak ternilai di Taman Negara Pahang yang dikendalikan bersama Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti PPKB mengambil masa selama 3 hari dua malam dan melibatkan beberapa modul yang kebanyakannya adalah di lapangan. Berikutan sambutan baik yang diterima daripada orang ramai, kini aktiviti PPKB diperluaskan kepada pelbagai lapisan masyarakat serta dikendalikan menerusi beberapa pusat PPKB di seluruh Semenanjung Malaysia. Jabatan bertanggungjawab untuk menyediakan modul, kepakaran fasilitator, peralatan dan bahan program.
 
ii.
Jungle River Ecology (JRE)
Aktiviti Jungle River Ecology ini bertujuan untuk melahirkan para guru yang terlatih untuk mengendalikan pendidikan alam semula jadi dengan menggunakan sumber biodiversiti sungai di Taman Negara sebagai bahan pembelajaran/pengajaran. Di samping itu ia juga bertujuan melatih peserta untuk menjadi lebih kreatif dan proaktif dalam menjalankan program pendidikan pemuliharaan di peringkat Jabatan Pelajaran peringkat negeri dan daerah. Aktiviti ini berlangsung selama 6 hari 5 malam dengan peserta di antara 30 hingga 40 orang.
 
iii.
Pameran
 
iv.
Ceramah
 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Pengarah,
Institut Biodiversiti, Bu
kit Rengit,
28500 Lanchang, Pahang.

Tel: 09-2790448

Faks: 09-2790453
E-
mel: ikb@wildlife.gov.my