Web
  www.wildlife.gov.my
 
   
 
 
  INSTITUT BIODIVERSITI (IBD)  
     
 
Latihan
Kesedaran Awam
Penyelidikan
...................................................................................................................................................................................................................
 
LATIHAN
 
Program latihan melibatkan perancangan serta pengendalian kursus-kursus dalaman bagi menentukan warga Jabatan PERHILITAN dilengkapkan dengan pengetahuan serta kemahiran yang cukup untuk mengendalikan program dan aktiviti yang dirancang oleh jabatan. Antara pengetahuan dan kemahiran yang ditekankan dalam program latihan ini adalah konservasi in-situ dan konservasi ex-situ, penguatkuasaan undang-undang, ekopelancongan dan pengurusan kawasan perlindungan. Pengendalian program latihan Jabatan adalah mengikut peringkat asas dan lanjutan mengikut Pelan Komprehensif Latihan NRE serta panduan yang diberikan oleh Jawatankuasa Latihan Jabatan PERHILITAN. Untuk memastikan warga Jabatan PERHILITAN sentiasa dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran terkini, program latihan juga melibatkan kerjasama agensi dan badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dalam dan luar negara dalam perancangan kursus latihan serta pengendaliannya.
 

Senarai Kursus-Kursus Dalaman Jabatan PERHILITAN Tahunan Berdasarkan Pelan Komprehensif NRE

Bidang Kursus
Kursus
Asas Konservasi Biodiversiti Kursus Induksi Khusus
Penguatkuasaan, Konservasi Dan Penyelidikan Biodiversiti Kursus Mentoring ID Burung Laut
Kursus Mentoring ID Ikan Air Tawar
Kursus Teknik Persampelan Hidupan Liar
Kursus Tangkapan Gajah
Bengkel Tangkapan Dan Survei Harimau
Kursus Mentoring Gajah
Kursus Pendakwaan (PO) dan Penyiasatan (IO)
Kursus Taksidermi
Pengurusan Kawasan Perlindungan Dan Ekopelancongan Bengkel Kawasan Perlindungan
Kursus Pemandu Pelancong
Bengkel Rekabentuk Pusat Interpretif
Bengkel Pembangunan Interpretif Trail Dan Kemahiran Interpreter
Konservasi Ex-situ Dan Pusat Konservasi Kursus Asas Pengendalian Hidupan Liar
Bengkel Pengurusan Spesies Dalam Kurungan
Kemahiran IT Kursus Asas Penyelenggaraan Komputer
Kursus Asas GIS
Pengurusan Perkhidmatan Kursus Kenegaraan
Bengkel Peperiksaan Perkhidmatan Jabatan ( JPA )
Kursus Penyelarasan Bahagian Pentadbiran
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Akaun
Bengkel Kewangan
Kemahiran Khusus Kursus Pertolongan Cemas
Kemahiran Dalam Pembentangan Kertas Kerja