Web
  www.wildlife.gov.my
 
   
 
 
  KONSERVASI EX-SITU  
 
 
Zoo Melaka
Khidmat Veterinar
Pembiakan dan Konservasi Ex-situ di Pusat-Pusat Konservasi Hidupan Liar
Pembiakan Komersil
Perbankan Sumber Genetik Hidupan Liar     
...................................................................................................................................................................................................................
<<kembali
 
PEMBIAKAN KOMERSIL

Sehingga kini, tiga spesies hidupan liar; pelanduk, seladang dan landak raya telah mula dibiak di bawah program pembiakan komersil. Program pembiakan komersil secara sistem pawah telah bermula bagi spesies Pelanduk (Tragulus javanicus). Dalam masa yang sama, Jabatan PERHILITAN juga telah mengadakan program kerjasama dengan pihak MARDI dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (Aplikasi Bioteknologi di dalam Konservasi dan Pembiakan Hidupan Liar yang Bernilai Komersil) pada 3 Oktober 2005. Buat permulaan, spesies Seladang telah dipilih dan lokasinya di Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak, Pahang. Ini secara langsung akan menumpu kepada penambahan bilangan Seladang di dalam kurungan dengan kaedah-kaedah aplikasi pembiakan biotek terkini. Waran peruntukan Institut Agrobioteknologi Kebangsaan (ABI) sebanyak RM2.5 juta telah diperolehi bersama dengan pihak MARDI pada tahun 2006. Pada tahun yang sama juga, Jabatan PERHILITAN telah mengadakan satu lagi program kerjasama dengan pihak ABI ke atas spesies Landak Raya dengan waran (daripada ABI) berjumlah RM1.25 juta. Program–program penyelidikan bersama juga dijalankan dengan pihak universiti-universiti tempatan dan luar negara.

Bagi landak raya (Hystrix brachyura), dua projek telah dimulakan bersama orang awam. Projek ini telah dimulakan pada awal tahun 2005 di Negeri Sembilan dan sehingga kini terdapat 20 ekor landak jantan dan 30 ekor landak betina. Pada tahun 2006, sebuah lagi projek pembiakan Landak Raya dijalankan di Banting, Selangor. Sebanyak 32 ekor landak yang dipelihara. Kesemua landak ini telah dipasang dengan mikrocip bagi tujuan pengesanan. Pegawai Veterinar Jabatan akan memberi khidmat nasihat di samping memantau perlaksanaan projek tersebut. Status terkini Projek Pembiakan Komersil Landak Raya ialah pada peringkat pengurusan dalam kurungan dan pembiakan. Sebuah buku bertajuk Ternakan Komersil Hidupan Liar Malaysia Landak Raya (Hystrix brachyura) telah diterbitkan dan boleh dijadikan panduan kepada bakal-bakal penternak yang berminat.

Objektif utama program ini adalah untuk memastikan pertambahan yang tinggi bagi populasi hidupan liar di dalam kurungan yang boleh diperolehi melalui sistem pembiakan yang teratur dan aplikasi bioteknologi pembiakan terkini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa aspek aplikasi bioteknologi di dalam spesies ini yang perlu dikaji. Walaupun keutamaan diberikan kepada pembiakan, dan skop genetik molekul, nilai-nilai tambah yang lain juga perlu dibangunkan bagi memperkukuhkan keperluan penggunaan spesies ini secara lestari. Program pembiakan komersil ini juga telah mengambil kira kepentingan konservasi sesuatu spesies dan penggunaannya secara lestari.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Pengarah Bahagian Konservasi Ex-situ
E-mel: khairiah@wildlife.gov.my
Tel: 03-9075 2872
Faks: 03-9075 2873