PERBANKAN SUMBER GENETIK HIDUPAN
LIAR
Perbankan Sumber Genetik Hidupan Liar ini dimulakan
pada akhir tahun 2006 dan merupakan tempat penyimpanan
bahan biologikal termasuklah sperma, embrio, tisu,
darah (Sel Darah Merah, Sel Darah Putih dan Serum)
dan DNA daripada spesies hidupan liar Malaysia. Perbankan
genetik ini terdiri dari dua unit yang saling berkaitan
iaitu Pusat Depositori Kryogenik dan Unit Genetik
Molekular Hidupan Liar.
Terkini, perbankan ini menyimpan lebih dari 600 bahan
DNA daripada 30 hidupan liar tempatan, 220 tiub air
mani yang beku daripada 2 spesies dan 20 sampel serum
daripada 4 spesies. Enam puluh sampel daripada 4 spesies
tempatan telah dikenalpasti jujukan DNAnya. Sehingga
kini, 40 hingga 60 sampel genetik dapat dikumpul setiap
bulan. Sampel-sampel tersebut adalah perlu untuk penyelidikan
saintifik dan menjadi sumber rujukan bahan biologikal
negara.
Pegawai-pegawai Veterinar, Pegawai Penyelidik dan
Pegawai-pegawai Hidupan Liar di Jabatan PERHILITAN
bertanggungjawab ke atas perbankan genetik ini, dan
bekerjasama dengan komuniti konservasi lain termasuk
universiti, zoo serta pelbagai agensi kerajaan yang
lain. Perbankan Sumber Genetik Hidupan Liar ini adalah
bagi mengkoordinasi program mengumpul serta memproses
bahan biologikal dari pelbagai spesies hidupan liar
tempatan.
Untuk
maklumat lanjut sila hubungi:
Pengarah
Bahagian Konservasi Ex-situ
E-mel: khairiah@wildlife.gov.my
Tel: 03-9075 2872
Faks: 03-9075 2873
|