|
|
|
|
| |
EKOPELANCONGAN |
|
| |
|
|
| |
| |
<<kembali |
| ZOO MELAKA |
|
| |
|
 |
Zoo
Melaka seluas 21.2 ha (54 ekar) terletak di
Air Keroh, Melaka merupakan destinasi pelancongan
yang terkenal di Melaka. Zoo ini telah ditubuhkan
pada tahun 1963 di bawah Kerajaan Negeri Melaka
tetapi pengurusannya telah diambil alih oleh
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman
Negara (PERHILITAN) pada tahun 1979 dan telah
dibuka kepada orang awam serta dirasmikan
oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu,
Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Ogos
1987. Zoo Melaka yang juga merupakan ahli South-East Asian Zoological Park Association
(SEAZA) ini mempunyai kakitangan zoo
di empat bahagian iaitu pentadbiran, veterinari,
kurator dan pengembangan zoo.
|
| |
Zoo
Melaka telah berkembang maju sehingga menjadi
zoo kedua terbesar di negara ini. Zoo yang
terletak lebih kurang 13 km dari pusat bandar
Melaka ini merupakan zoo yang pertama di rantau
ini yang mempamerkan hidupan liar terancam.
Tarikan
utama spesies-spesies hidupan liar yang terdapat
di Zoo Melaka ialah seperti seladang, harimau
belang, tapir dan sebagainya. Sejajar dengan
konsep pembangunan zoo semasa, Zoo Melaka telah
mengamalkan konsep terbuka dan mengekalkan persekitaran
semula jadi yang hijau. |
|
Untuk
mencapai matlamatnya, empat fungsi utama Zoo
Melaka adalah seperti berikut:
Pembiakan
Dalam Kurungan
Zoo Melaka berfungsi sebagai pusat pembiakan
ex-situ yang utama bagi PERHILITAN. Di dalam
program ini, spesies tempatan yang terancam
dicari untuk dibiak di dalam zoo. Spesies yang
berjaya dibiakkan termasuklah harimau, harimau
kumbang, tapir, kambing gurun, kijang, rusa
dan lain-lain.
Penyelidikan
Kerja-kerja penyelidikan ditumpukan kepada kajian
perubatan/merawat dan tingkah laku. Zoo Melaka
juga membantu pegawai-pegawai penyelidik PERHILITAN
dan institut-institut pengajian tinggi. Rekreasi
Zoo Melaka memberi peluang-peluang rekreasi
yang termampu bagi kebanyakan orang. Promosi
giat dijalankan untuk menarik lebih ramai pelawat
dan ini akan menambahkan lagi hasil kerajaan
dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan
industri pelancongan Negara.
Pendidikan
Program ini dilaksanakan bagi memberi kesedaran
kepada masyarakat tentang hidupan liar dan konservasinya.
Di antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah,
pertunjukkan video, bahan-bahan terbitan dan
papan tanda pada semua ekhibit zoo. |
| |
| 1. |
|
| |
Masa
Lawatan
9.00 pagi – 6.00 petang
setiap hari |
Kategori
|
Harga |
Harga
Pekej |
Dewasa
(13 tahun dan ke atas) |
RM7.00 |
RM
5.00 |
Kanak-kanak
( 5 tahun hingga 12
tahun) |
RM4.00 |
RM
2.00 |
Pelajar
sekolah (beruniform) |
RM
2.00 |
RM
2.00 |
Kamera
Video |
RM
10.00 |
RM
10.00 |
|
|
| |
| Zoo
Malam |
8.00
malam - 11.00 malam
- Jumaat
- Sabtu
- Cuti Am
- Cuti Sekolah |
Kategori
|
Harga |
Harga
Pekej |
Dewasa
(13 tahun dan ke atas) |
RM10.00 |
RM
8.00 |
Kanak-kanak
( 5 tahun hingga 12
tahun) |
RM5.00 |
RM
4.00 |
|
*
Termasuk kemudahan keretapi
* Kamera, kamera video dan lampu
suluh tidak dibenarkan di bawa
masuk |
|
|
| |
|
| 2. |
Penajaan
Skim
Anak Angkat Zoo Melaka memberi peluang kepada
individu, syarikat swasta dan korporat untuk
menaja spesies hidupan liar di zoo ini.
Sumber daripada tajaan ini akan dapat membantu
kos untuk mengurus binatang ini. Semua tajaan
akan dimasukkan ke dalam Tabung Amanah Zoo
Melaka yang diuruskan oleh pihak pengurusan
Zoo Melaka. Tajaan ini akan digunakan untuk
membayar kos makanan tambahan, perubatan,
membaiki dan membaik pulih sangkar. |
| |
Keistimewaan
Untuk Para Penaja: |
| |
i. |
Tiket
masuk percuma dan bilangan tiket bergantung
kepada jumlah tajaan. |
|
| |
ii. |
Papan
kenyataan mengenai penaja akan didirikan
berhampiran dengan kandang hidupan liar
untuk tajaan melebihi RM1,000.00. |
|
| |
iii. |
Penaja
dibenarkan untuk meletak logo sendiri
pada papan kenyataan tersebut. |
|
| |
iv. |
Penaja
dibenarkan untuk mengadakan promosi tambahan
yang akan memberi kebaikan kepada kedua
belah pihak. |
|
| |
v. |
Penaja
diberi kebenaran untuk menganjurkan aktiviti
seperti Hari Keluarga di dalam kawasan
zoo yang telah ditetapkan. |
|
| |
vi. |
Penaja
akan mendapat promosi percuma selain daripada
majlis penyampaian cek anak angkat. Ini
termasuk hari Kanak-Kanak Sedunia, kenyataan
akhbar mengenai hidupan liar yang baru
diperolehi dan lain-lain majlis yang dianjurkan
oleh zoo. |
|
| |
vii. |
Sijil
penghargaan akan diberi kepada penaja
yang menaja lebih daripada RM1,000.00. |
|
| |
viii. |
Pengarah
Urusan syarikat berkenaan akan dijemput
untuk menyerahkan cek tajaan mereka kepada
Ketua Menteri Melaka pada satu majlis
khas. |
|
| |
ix. |
Semua
tajaan akan diberi kelonggaraan cukai
pendapatan seperti di Seksyen 44(6) Akta
Cukai Pendapatan 1967. |
|
| |
x. |
Penaja
yang menyumbang melebihi daripada RM10,000.00
akan dibenarkan untuk memasang papan kenyataan
sendiri. |
|
| |
|
|
|
|
|
|
|
|