Perjalanan
Ke Sana
Pelancong boleh sampai ke Tanjung Mentong melalui
dua jeti sama ada di Gawi atau Jenagor kesemuanya
di Terengganu. Pekan Kuala Berang merupakan pekan
terdekat kepada jeti tersebut. Perjalanan ke sana
akan merentasi Tasik Kenyir, tasik buatan manusia
yang terbesar di Malaysia yang memakan masa selama
45 minit. Pelancong akan dibawa menaiki bot ke tempat
penginapan.
Permit
Dan Lesen
Setiap pelancong mesti mendapatkan permit masuk dengan
harga RM1.00 seorang. Harga lesen memancing ialah
RM10.00 setiap satu dan lesen kamera ialah RM5.00
setiap satu.
Penginapan
Terdapat 8 unit syele berkembar dan sebuah asrama
yang mempunyai 16 buah katil disediakan oleh pihak
pengurusan. Sewa yang dikenakan untuk setiap syele
ialah RM40.00 satu malam dan RM12.00 satu malam bagi
asrama. Tanjong Mentong Resort kini di bawah pengurusan
pihak swasta. Terdapat jeti, restoran, bilik mesyuarat
dan menara tinjau.
| Aktiviti
Rekreasi |
Merentas
Hutan |
Flora
dan fauna boleh dilihat di sepanjang rentis.
Pendaki boleh menikmati cabaran dan keseronokan
mendaki Gunung Gagau iaitu puncak kedua tertinggi
di Taman Negara pada ketinggian 1,376m di mana
ketiga-tiga negeri di Taman Negara dapat dilihat. |
Memancing
dan
Aktiviti Air |
Melawat
ke air terjun, memancing, berenang, berkayak,
berkenu, dan menaiki bot boleh diatur dengan
pengusaha resort. Untuk makluman umum, tidak
dibenarkan memancing di Sungai Cacing. |
Kembara
Gua |
Terdapat
dua buah gua berdekatan iaitu Gua Bewah dan
Gua Taat. Anda juga boleh terokai ekosistem
gua di mana artifak purba berusia 4,000 SM pernah
ditemui. |
Untuk
maklumat lanjut, sila hubungi:
Jabatan
PERHILITAN
Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong,
Hulu Terengganu, Terengganu
Tel : 09-622 7751
Pengurus
Tanjung Mentong Resort
Tel: 09-623 6684
Faks:09-631
6684 |
|
| |
|
| |
|
|