Web
  www.wildlife.gov.my
 
   
 
 
  EKOPELANCONGAN  
     
 
 
TAMAN NEGARA PAHANG
 
1. Kuala Tahan, Pahang
   
 

Perjalanan Ke Sana
Bandar yang terdekat ialah Jerantut, Pahang. Jangka masa perjalanan dari Kuala Lumpur atau Kuantan dengan menaiki kereta atau pengangkutan awam mengambil masa 3 jam. Daripada Jerantut, pelancong boleh mengambil bas atau teksi ke Jeti Kuala Tembeling, lebih kurang 16km daripada Jerantut. Pelancong juga boleh ke Taman Negara melalui jalan darat sejauh 75km dengan hanya mengambil masa kira-kira 45 minit dari Jerantut.

Pelancong daripada Singapura boleh menaiki kereta api malam yang berhenti di Stesen Keretapi Kuala Tembeling. Daripada Jeti Kuala Tembeling, pelancong akan menaiki bot di sepanjang Sungai Tembeling untuk jangka masa lebih kurang 2 1/2 ke 3 jam untuk sampai ke Kuala Tahan.

Tambang bot ialah RM 25.00 seorang. Bot berlepas pada jam 9.00 pagi, 1.00 petang dan 2.00 petang setiap hari.

 
 

Permit Dan Lesen
Setiap  pelancong mesti mendapatkan permit masuk dengan harga RM 1.00  seorang. Harga lesen  memancing ialah RM 10.00 setiap satu dan lesen kamera ialah RM 5.00 setiap satu.

Penginapan
Penginapan yang terdapat di Kuala Tahan terdiri daripada banglo, suite, syele dan asrama. Terdapat juga tapak kawasan berkhemah yang diuruskan oleh Mutiara Taman Negara Resort dan pengusaha tempatan di sekitar Kuala Tahan.

 
Aktiviti Rekreasi
Bumbun
Bermalam di bumbun untuk memerhati hidupan liar yang melawat ke kawasan jenut berhampiran. Bayaran RM5.00 setiap seorang dikenakan bagi satu malam. Penempahan perlu dibuat terlebih dahulu di kaunter pendaftaran.
Titian Kanopi
Lihatlah Taman Negara daripada atas titian kanopi yang terpanjang di dunia (550m), tergantung lebih kurang 70 meter di atas tanah. Bayaran RM5.00 bagi orang dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak dikenakan.
Kembara Gua
Mengembara di kawasan hutan batu kapur yang belum diganggu dan melihat gua-gua yang cantik seperti Gua Peningat, Gua Telinga, Gua Daun Menari dan Gua Besar.
Eksplorasi Sungai
Perjalanan melalui Sungai Tembeling ke Kuala Tahan merupakan salah satu aktiviti yang menarik dan merempuh beberapa buah jeram.
Memancing
Jangan lepaskan peluang untuk memancing di Sungai Keniam. Anda boleh berkhemah atau juga bermalam di Kuala Perkai Fishing Lodge.
Pemerhatian Burung
Merupakan syurga untuk pemerhati burung kerana 54 peratus daripada 650 spesies burung di Malaysia terdapat di Taman Negara.
Mendaki Gunung Tahan
Gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia ini memerlukan 7 hari untuk mendakinya dengan melalui curam yang dalam dan sungai yang berbahaya. Perkhidmatan juruarah dimestikan. Bayaran sebanyak RM500.00 dikenakan bagi perjalanan selama 7 hari untuk seorang juruarah. Masa pendakian yang disyorkan ialah dari bulan Mac hingga Ogos.
Penempatan Orang Asli
Lawatilah perkampungan Orang Asli di Sungai Young untuk mempelajari adat resam dan cara hidup mereka.
Rapids shooting dan whitewater rafting
Alamilah cabaran mengharungi jeram-jeram di Sungai Tembeling seperti Jeram Abai, Jeram Nusa dan Jeram Panjang.
   
 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Taman Negara Kuala Tahan
27020 Jerantut, Pahang
Tel: 09-266 1122/09-266 4152      
Faks: 09-266 4110
E-mel: taufik@wildlife.gov.my /
penguasa@tm.net.my

 
2. Sungai Relau, Merapoh, Pahang  
     
 

Perjalanan Ke Sana
Pelancong boleh memandu sendiri atau mengambil pengangkutan awam, melalui Lipis Pahang atau Gua Musang Kelantan. Pada sesiapa yang menaiki kereta api, hendaklah di Stesen Merapoh.

Permit Dan Lesen
Setiap pelancong mesti mendapatkan permit masuk dengan harga RM1.00 seorang. Harga lesen memancing ialah RM10.00 setiap satu dan lesen kamera ialah RM5.00 setiap satu.

Penginapan
Selain daripada asrama yang mempunyai 40 katil, 17 bilik dan kemudahan berkhemah di Sungai Relau, terdapat sebuah asrama yang memuatkan 60 katil di Sungai Juram dengan harga RM10.00 seorang. Kawasan perkhemahan yang ada dapat menampung 50 orang pada sesuatu masa dengan sewa sebanyak RM1.00 seorang untuk satu malam. Tambang perjalanan dengan pengangkutan 4WD daripada Sungai Relau ke asrama di Sungai Juram berharga RM18.00 seorang untuk satu perjalanan.

   
  Aktiviti Rekreasi
  Aktiviti utama di sini ialah membuat persiapan untuk mendaki Gunung Tahan daripada Merapoh. Ia hanya mengambil masa 4 hari untuk sampai ke puncak Gunung Tahan.
 
Aktiviti Rekreasi
Berjalan Malam
(Night Walk dan Night Safari)
Aktiviti berpandu menggunakan cahaya lampu suluh untuk melihat hidupan liar yang aktif pada waktu malam. Aktiviti ini dijalankan menggunakan kenderaan pacuan empat roda melalui jeep tract.
Kembara Gua
Terdapat dua buah gua yang menarik untuk dijelajahi. Dari Sungai Relau perjalanan ke Gua Gajah adalah sejauh 5.5km manakala Gua Peningat pula jauhnya 8.8km.
Aktiviti Sungai
Air sungai yang sejuk dan jernih sangat sesuai untuk berenang.
Memberi Ikan Makan
Ianya merupakan santuari ikan Kelah maka aktiviti memancing adalah dilarang di sini. Aktiviti yang popular adalah melihat ikan Kelah secara dekat di dalam habitatnya yang semula jadi dan memberi makan kepada mereka.
Pemerhatian Burung
Terdapat lebih daripada 300 spesies yang telah dikenal pasti di kawasan ini.
   
   
  Mendaki Gunung Tahan
  Bayaran terbaru untuk jurupandu ke Gunung Tahan:
 
Bil.
Laluan & Tempoh
Kadar (RM)
1.
Kuala Tahan - Gunung Tahan (puncak) - Kuala Tahan (7 hari, 6 malam)
1200.00
2.
Kuala Tahan - Gunung Tahan (puncak) - Kuala Juram (Merapoh) (7 hari, 6 malam)
1200.00
3.
Kuala Tahan - Air terjun - Gunung Tahan (puncak) - Kuala Tahan (9 hari, 8 malam)
1400.00
4.
Kuala Tahan - Air terjun - Gunung Tahan (puncak) - Kuala Juram (Merapoh) (9 hari, 8 malam)
1400.00
5.
Kuala Juram (Merapoh) - Gunung Tahan (puncak) - Air terjun - Kuala Tahan (9 hari, 8 malam)
1400.00
6.
Kuala Juram (Merapoh - Gunung Tahan (puncak) - Kuala Juram (Merapoh) (5 hari, 4malam)
950.00
7.
Kuala Juram (Merapoh - Gunung Tahan (puncak) - Kuala Tahan (7 hari, 6 malam)
1200.00
8.
Caj bagi tambahan hari
150.00/hari
 
 
* Bilangan pendaki dihadkan kepada 12 orang bagi setiap jurupandu dan dihadkan kepada 48 pendaki sehari
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Taman Negara Sungai Relau, Merapoh
27210 Kuala Lipis, Pahang
Tel/ Faks: 09-912 4894