Web
  www.wildlife.gov.my
 
   
 
 
  EKOPELANCONGAN  
     
 
  <<kembali
TAMAN NEGARA KELANTAN
 
 
Kuala Koh, Kelantan
 

Perjalanan Ke Sana
Pelancong boleh memandu sendiri atau mengambil pengangkutan awam ke Kuala Koh daripada Gua Musang Kelantan. Terdapat juga jalan ke pintu masuk ini melalui Gua Musang – Kuala Krai.

Permit Dan Lesen
Setiap pelancong mesti mendapatkan permit masuk dengan harga RM1.00 seorang. Harga lesen memancing ialah RM10.00 setiap satu dan lesen kamera ialah RM5.00 setiap satu.

Penginapan
Terdapat 6 buah syele dan sebuah asrama yang mempunyai 74 katil. Sewa untuk setiap syele ialah RM40.00 satu malam dan asrama RM12.00 seorang. Sewa untuk berkhemah ialah RM1.00 seorang. Urusan penginapan kini di bawah pengurusan pihak swasta.

Aktiviti Rekreasi
Pemerhatian Burung
Terdapat lebih daripada 300 spesies burung di Taman Negara. Pemerhati burung yang berpengalaman berkemungkinan untuk memerhati 150 spesies burung untuk jangka masa beberapa hari sahaja.
Memancing
Terdapat beberapa kawasan memancing yang baik di sini. Walau bagaimanapun, memancing ditegah di beberapa buah sungai kerana sungai ini telah dikhaskan sebagai kawasan pembiakan untuk sesetengah spesies ikan.
Fotografi
Taman Negara merupakan syurga kepada juru foto kerana di sini terdapat kecantikan yang semula jadi dan kepelbagaian flora dan fauna.
Rintis Hutan
Terdapat beberapa rintis interpretasi di Kuala Koh. Salah satunya merentasi sungai dan pelancong terpaksa berjalan melalui sebuah jambatan gantung.
Berkayak
Sungai yang jernih di Kuala Koh menjadikan kawasannya sesuai untuk berkayak.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pejabat PERHILITAN
Jajahan Gua Musang
Wisma Persekutuan
18300 Gua Musang
Kelantan
Tel/
Faks : 09-912 2940

Taman Negara Kelantan, Kuala Koh
18300 Gua Musang, Kelantan
Tel : 09-928 2952