|
|
|
|
| |
EKOPELANCONGAN |
|
| |
| |
|
| |
<<kembali |
| PUSAT
KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH, PAHANG |
| |
Pusat
Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah telah ditubuhkan
oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman
Negara (PERHILITAN) pada tahun 1989. Pusat ini merupakan
ibu pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah yang
telah wujud sejak tahun 1974.
Unit
Gajah merupakan satu pasukan yang unik di Malaysia
di mana peranan utama unit ini adalah untuk menempatkan
semula gajah-gajah liar yang habitatnya telah diambil
alih oleh kawasan pertanian. Gajah liar ini akan
ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan
seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu,
pasukan yang dahulunya terdiri daripada 25 orang
ahli telah berjaya memindahkan lebih daripada 450
ekor gajah liar di mana proses pemindahan ini bertujuan
untuk meminimumkan risiko kepupusan yang berterusan.
Selain
daripada berfungsi sebagai ibu pejabat untuk unit
gajah, pusat ini juga merupakan tempat perlindungan
bagi beberapa ekor gajah denak dan liar. Pusat Pemuliharaan
Gajah Kebangsaan Kuala Gandah juga mempunyai matlamat
untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai
tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah
di Malaysia. Selain itu, pusat pemuliharaan ini menggalakkan
kajian dan penyelidikan berkaitan teknik pemindahan
semula dan konservasi gajah.
Pusat
ini juga giat memberi kesedaran kepada orang ramai
tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam
sekitar. Para pelawat digalakkan untuk menonton dokumentari
tentang proses pemindahan semula gajah liar yang dilakukan
pada 1996 dengan kerjasama krew National Geographic.
Selain itu, program khas boleh disediakan untuk rombongan
sekolah. Untuk program pelawat, sila merujuk kepada
“Jadual Aktiviti Pelawat” di bahagian
selanjutnya.
Gajah di Pusat Pemuliharaan
Pusat ini mempunyai beberapa ekor gajah tempatan yang
dibawa masuk daripada Thailand dan Myanmar. Gajah-gajah
ini dilatih dan digunakan untuk memindahkan gajah-gajah
liar dari kawasan-kawasan yang bermasalah di seluruh
Semenanjung Malaysia. Pusat ini juga memelihara anak-anak
gajah yang ditinggalkan oleh ibunya untuk memastikan
anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya terus
hidup.
Gajah Asia
Gajah Asia kini dikategorikan sebagai spesies yang
kian terancam dengan anggaran yang kurang daripada
1,200 ekor gajah liar di Semenanjung Malaysia.
Melindungi gajah Asia secara langsungnya membantu
melindungi ribuan jenis spesies lain yang terdapat
dalam lingkungan habitat gajah tersebut. Gajah membuka
denai-denai dan menumbangkan pohon-pohon yang menjadi
sumber makanan semula jadi yang sangat diperlukan untuk
haiwan yang lebih kecil umpama jentolak semula jadi,
serta menyebarkan biji-bijian di dalam najisnya. Walau
bagaimanapun disebabkan oleh kekurangan habitat, gajah
kini terpaksa mencari makanan di kawasan pinggir hutan
yang telah bertukar rupa menjadi kawasan perladangan
dan penempatan manusia. Pencerobohan ini menyebabkan
kerugian pihak terbabit.
Jika gajah tersebut tidak dipindahkan dengan segera,
mereka mungkin akan mati sama ada ditembak atau diracun
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
|
Jadual Aktiviti Pelawat
Pelawat
digalakkan menyertai aktiviti yang akan bermula pada
pukul 2.00 petang. |
Masa |
Aktiviti |
2.15
petang |
MENUNGGANG
GAJAH:
Pelawat berpeluang menunggang gajah disekitar
pusat ini. |
2.30
petang |
MANDI
GAJAH:
Pelawat boleh berenang dan mandi bersama
gajah di sungai di bawah pengawasan petugas. |
3.30
petang |
MEMBERI
MAKANAN:
Pelawat boleh membantu memberi makanan kepada
gajah seperti pisang, betik dll. |
3.45
petang |
VIDEO:
Pelawat digalakkan menonton dokumentari
mengenai proses pemindahan semula gajah
liar. |
|
| |
Ke Kuala Gandah
Sebelum
mengunjungi pusat ini, anda digalakkan menelefon pihak
kami untuk memudahkan urusan lawatan dan mengetahui
sama ada pusat kami boleh menampung lawatan anda terutamanya
jika anda disertai oleh rombongan yang besar.
Sila bawa pakaian persalinan jika anda ingin mengambil
bahagian dalam aktiviti bersama gajah seperti berenang
dan mandi bersama gajah di dalam sungai.
Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda semua. Semoga
anda semua ceria dan gembira di atas kunjungan ke
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah.
Sokongan dan Sumbangan Anda Diperlukan
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dibiayai
oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia. Berbagai
usaha dijalankan secara berterusan untuk mempertingkatkan
kemudahan sedia ada samaada untuk penyelidikan dan
pembangunan atau untuk pelawat ke pusat ini. Jabatan
PERHILITAN berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan
pusat ini sebagai pusat latihan dan konservasi gajah
yang terkenal di rantau ini. Apa jua jenis bantuan
dan sokongan amat dihargai.
Anda boleh membuat pertanyaan tentang bagaimana anda
boleh membantu dan membuat sumbangan secara langsung
dengan kakitangan pusat. Jabatan PERHILITAN telah
menubuhkan Tabung Amanah Gajah bagi membolehkan sumbangan
ditabungkan. Segala pertanyaan boleh dimajukan kepada
kakitangan pusat atau diposkan kepada :
Ketua
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Jabatan PERHILITAN
Kuala Gandah,
28500 Lanchang
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Tel: 09-279 0391
Faks: 03-279 0398
| Hari |
Masa |
| Isnin
– Ahad |
8.00
pagi - 1.00 tengahari
2.30 petang - 4.30 petang |
| Jumaat |
8.00
pagi - 12.30 tengahari
2.30 petang - 4.30 petang |
|
| |
Peringatan:
Jabatan
PERHILITAN ingin menjelaskan bahawa maklumat di laman
web www.myelephants.org tiada berkaitan dengan Pusat
Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang,
Pahang.
Laman
web serta nombor akaun untuk tujuan derma tersebut
telah diwujudkan tanpa pengetahuan Jabatan PERHILITAN.
Jabatan
PERHILITAN adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
segala pengurusan gajah di Semenanjung Malaysia dan
mempunyai sumber bagi menampung perbelanjaan aktiviti
konservasi berkaitan serta tidak menerima sebarang
kutipan wang daripada orang awam melalui akaun bank
pihak ketiga. |
| |
|
|
|
|